Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kerajaan Pusat akan naiktaraf Pelabuhan Sepanggar: Tiong Lai

Tiong Lai (tengah) dan Tun Juhar Mahiruddin bersama tetamu kenamaan menggaul lau sang dalam majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina MCA. - foto Jabatan Penerangan
Tiong Lai (tengah) dan Tun Juhar Mahiruddin bersama tetamu kenamaan menggaul lau sang dalam majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina MCA. – foto Jabatan Penerangan

KOTA KINABALU – Pelabuhan Sepanggar, di Menggatal, dekat sini, akan dinaiktaraf menjadi sebuah pelabuhan yang penting dan memberi manfaat kepada rakyat Sabah.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, kementeriannya komited untuk membantu merealisasikan usaha berkenaan dalam membantu mengurangkan kos yang ditanggung oleh pengguna di negeri itu.

“Dengan adanya pelabuhan itu, kos pengangkutan dapat dikurangkan dan pengguna di sini akan menikmati harga yang lebih murah berbanding dulu.

“Langkah itu sekaligus menyeragamkan harga barangan di antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak,” katanya ketika berucap dalam Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina MCA Sabah di Dewan Masyarakat Menggatal, di sini hari ini.

Tetamu kehormat majlis itu ialah Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin serta isteri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni.

Hadir sama ialah Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr. Wee Ka Siong.

Dalam ucapannya, Tiong Lai yakin ekonomi negara khususnya dari segi aspek pelancongan di Sabah akan berkembang pesat berikutan kedatangan lebih dua juta pelancong dari China pada tahun ini.

Jelas beliau lagi, keyakinan itu disuarakan oleh Duta Besar Negara China dalam pertemuan mereka di ibu negara, Kuala Lumpur, baru-baru ini. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan