Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,651

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kerajaan prihatin terhadap golongan muda- Samsudin

6:10pm 13/04/2016 Elezebeth Esther Onjining 15 views Tempatan
Samsudin menyampaikan Bantuan BR1M kepada penerima di Dewan PPR Batu Sapi, Sandakan kelmarin.

Samsudin menyampaikan Bantuan BR1M kepada penerima di Dewan PPR Batu Sapi, Sandakan kelmarin.

SANDAKAN- Kerajaan di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN) hari ini merupakan sebuah kerajaan yang amat prihatin dengan kemajuan dan perkembangan generasi muda, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekong, Datuk Samsudin Yahya.

Menurut beliau, pelbagai program akan dilaksanakan bagi memastikan golongan muda mampu menghadapi masa depan serta arus globalisasi yang begitu mencabar.

Beliau berkata, sebagai generasi muda pula, mereka seharusnya bersama – sama menghayati hasrat kepimpinan BN dengan terus memberi sokongan padu agar segala usaha yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik.

“Kita tidak mahu generasi muda dicap sebagai generasi yang suka memberontak, suka berseronok dan menghabiskan masa dengan pelbagai aktiviti yang tidak berfaedah.

“Sebaliknya kepimpinan BN mahu melihat generasi muda hari ini sebagai golongan yang matang, bijak, berdikari serta mampu memandang jauh ke hadapan.

Beliau berkata demikian semasa Majlis penyampain Bantuan Rakyat1Malaysia (BRIM) di Dewan PPR Batu Sapi, Sandakan kelmarin.

“Mereka adalah barisan pelapis dan benteng negara, sebab itu mereka ini perlu diisi dengan pelbagai persediaan mental dan fizikal melalui pelbagai program sama ada dalam bidang keusahawan, kemahiran dan pendidikan,’ katanya.

Samsudin yang juga Ketua UMNO bahagian Batu Sapi berkata Kerajaan BN sentiasa komited membantu rakyat, ianya telah diterjemahkan melalui pelbagai bentuk bantuan, seperti Bantuan Awal persekolahan, baucer buku, kedai, klinik 1 Malaysia, malah golongan nelayan dan petani juga tidak terlepas daripada menerima pelbagai bentuk bantuan dan subsidi.

“Kita seharusnya bersyukur, dan mengambil iktibar daripada negara yang dilanda perperangan dan rusuhan, dimana rakyat sentiasa hidup dlm ketakutan, berbanding dengan negara Malaysia yang aman dan damai.

Sehubungan itu, beliau menyarankan agar semua yang hadir menolak pembangkang, yang sering saja melakukan provokasi, menghasut, dan memfitnah bagi tujuan menimbulkan kebencian dan cuba memecah belahkan perpaduaan yang sedia terjalin selama ini.

Hadir sama Timbalan Presiden MPS,Haji Hamsan Hj. Awang Supain, Ketua Puteri UMNO Batu Sapi, Hazulizah Md. Dani, Naib Ketua Wanita Batu Sapi, Marlina Mustapha, PPM N. 43 Sekong, Zantapaha Zinal Abidin serta pemimpin masyarakat./SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan