Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

KERAJAAN PH BERI JAMINAN SST TIDAK BEBANKAN RAKYAT

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng semasa taklimat SST di Hotel Hilton, di sini hari ini. Gambar SNT/Alfred Petrus

KOTA KINABALU: Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang baru sahaja dilaksanakan semula pada Sabtu memberi jaminan tidak akan membebankan rakyat berbanding Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, hal demikian kerana sasaran kutipan cukai SST adalah separuh daripada GST.

“SST tidak akan lebih teruk daripada GST. Walaupun bebannya tetap ada tetapi kenaikan sesetengah harga jualan dan perkhidmatan adalah separuh daripada kenaikan GST.

“Saya tak cakap pendapatan dari cukai ini tidak penting tetapi kerajaan melihat kesejahteraan ekonomi rakyat itu lebih penting,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam satu sidang media selepas menyampaikan Taklimat SST di sini hari ini.

Katanya, berbanding SST, GST membuat kutipan cukai disetiap peringkat dan menjadikan harga barangan melambung tinggi.

Jelasnya, kesan daripada itu, rakyat terbeban dengan kos yang tinggi.

“Sebab itu kita hapuskan GST dan menggantikan SST yang mana kutipan cukai GST sebanyak RM44 bilion berbanding kira-kira RM21 bilion pada SST.

“Perlaksanaan SST ini perlu dipercepatkan selepas GST dihapuskan agar kerajaan masih mempunyai pendapatan walaupun kurang daripada sebelumnya,” jelasnya. -SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan