Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,783

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kerajaan peruntukkan RM 394.39 juta untuk program sosial

4:42pm 18/11/2016 Elezebeth Esther Onjining 9 views Kota Kinabalu,Laporan Sidang DUN,Tempatan,YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman

KOTA KINABALU- Kerajaan Negeri memperuntukkan bajet sebanyak RM 394.39 juta bagi menyokong program- program sosial berkenaan kebajikan dan kesejahteraan seluruh masyarakat Sabah.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman berkata kerajaan akan terus melaksanakan pelbagai program pembasmian kemiskinan secara konsisten dengan harapan agar kadar kemiskinan negeri Sabah dapat dikurangkan.

” Perkara ini tidaklah mustahil kerana insiden kemiskinan negeri ini telah berjaya kita kurangkan daripada 8.1 peratus pada tahun 2012 kepada 4 peratus pada tahun 2014.

” Walaupun kita dihambat dengan pelbagai kekangan, namun saban tahun kita tetap memberikan keutamaan dan tumpuan terhadap isu-isu yang berkaitan dengan kepentingan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Bajet 2017 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) , disini, hari ini.

Dalam masa sama, katanya, kerajaan turut memperuntukkan sebanyak RM14.5 juta bagi meneruskan pelaksanaan projek-projek Mini Estet Sejahtera (MESEJ) dan program-program pembasmian kemiskinan di seluruh negeri Sabah.

” Tujuan Kerajaan Negeri tidak lain dan tidak bukan adalah untuk memastikan golongan miskin, hidup dengan selesa dan produktif serta menikmati gaya dan kualiti hidup yang lebih sempurna,” katanya

Menurut Musa, program pembasmian kemiskinan termasuklah Program 1 Azam, MESEJ , Program Peningkatan Ekonomi Setempat (PPES), Program Bantuan Rumah (PBR), Projek-projek Agropolitan dan Ladang PPRT berupaya mengurangkan lagi insiden kemiskinan di negeri ini.

” Setakat ini, sebanyak 52 buah MESEJ Pertanian, MESEJ Akuakultur dan MESEJ Mikro yang telah siap dan sedang dilaksanakan di seluruh negeri.

” MESEJ adalah projek pembasmian kemiskinan berciri holistik di mana golongan sasar bukan sahaja menikmati kemudahan kediaman tetapi juga berupaya menjana pendapatan secara mampan,” katanya.

Selain itu, sejumlah RM1.5 juta turut diperuntukkan bagi meningkatkan kemahiran keusahawanan di kalangan masyarakat luar bandar.

” Peningkatan pendapatan golongan sasar di luar bandar juga menjadi agenda kita. Salah satu pendekatan yang dilaksanakan oleh Kerajaan ialah dengan melibatkan mereka dalam aktiviti keusahawanan,” katanya. Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan