Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,796

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kerajaan Persekutuan Komited dalam Menyokong Program dibawah HoB

7:38pm 12/11/2015 Elezebeth Esther Onjining 20 views Tempatan
Dato Sri Dr Wan Junaidi

Dato Sri Dr Wan Junaidi-  Foto dari Jimmy Tan / SayangSabah

KOTA KINABALU- Kerajaan Persekutuan komited dalam menyokong perlaksanaan Inisiatif Heart of Borneo (HoB) untuk memastikan kawasan hutan tropika di Kepulauan Borneo terpelihara.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, kerajaan Persekutuan sedar akan kepentingan Inisiatif HoB yang mana objektif program ini selari dengan dasar, rancangan dan program berkaitan dengan pembangunan mampan, penggunaan tanah dan pemuliharaan di peringkat negeri dan kebangsaan.

“Seluas 1.56 juta hektar tanah di negeri ini telah dijadikan sebagai kawasan perlindungan dimana berlakunya peningkatan yang ketara semasa kali pertama HoB ini diperkenalkan pada tahun 2007. Ini merupakan satu pencapaian yang ketara dalam usaha pemuliharaan biodiversiti di kesemua kawasan HoB”, kata Junaidi.

Beliau berkata demikian semasa menyempurnakan majlis penutupan persidangan HoB antarabangsa yang berlansung selama dua hari, di Magellan Sutera, disini, petang tadi.

Menurut Junaidi lagi, hasil daripada persidangan tersebut dijangka akan membantu Malaysia untuk merangka gerak kerja dalam melaksanakan inisiatif tersebut yang telah ditandatangani sejak tahun 2007.

Disamping itu, pihak kerajaan telah merancang untuk menggubal satu polisi baharu yang berkaitan dengan Dasar Air Negara.

Menurut Junaidi, ini merupakan satu inisiatif kerajaan untuk mengekalkan sumber bekalan air bersih untuk kegunaan masyarakat di negara ini.

“Walaupun jumlah taburan hujan di negara ini sangat tinggi, namun hanya 20 peratus dari sumber air hujan tersebut boleh digunakan secara berkesan oleh masyarakat di negara kita.”

“Polisi ini juga bertujuan untuk membantu negara dalam menyelesaikan isu kekurangan bekalan air bersih di negara kita”, tambah beliau.

Walaubagaimanapun, polisi tersebut masih dibawah kajian dan pemerhatian pihak kerajaan.- Oleh Elezebeth Esther/ Sayang Sabah

Dato Sri Dr Wan Junaidi melawat booth pameran- Foto dari Jimmy Tan / SayangSabah

Dato Sri Dr Wan Junaidi melawat booth pameran- Foto dari Jimmy Tan / SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan