Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,668

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kerajaan persekutuan harus merujuk kerajaan negeri bagi penyelarasan harga barang

7:06pm 14/02/2016 Leolerry Lajius 23 views Tempatan
Jainab ketika sidang media tersebut.

Jainab ketika sidang media tersebut.

KOTA KINABALU: Kerajaan persekutuan diseru agar merujuk kepada kerajaan negeri Sabah dan Sarawak berkenaan pelaksanaan satu barang satu harga.

Menurut Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna negeri Datuk Jainab Ahmad Ayid, kerajaan persekutuan tidak boleh menggubal undang-undang dan kriteria pelaksanaan sistem tersebut tanpa merujuk kepada kerajaan negeri di kedua-dua negeri tersebut.

“Saya merayu kepada kerajaan persekutuan agar saling bekerjasama bagi tujuan ini kerana kadangkala mereka merasakan bahawa hanya mereka yang betul sedangkan kita di Sabah lebih memahami keadaan harga barang di sini, “katanya ketika ditemui media selepas Majlis Penyerahan Bantuan Pelancaran Kursus 1 Azam di R&R cake House, Sulaman, petang tadi.

Jainab menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta kursus tersebut.

Jainab menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta kursus tersebut.

Sementara itu, ketika berucap pada majlis tersebut beliau menyeru kepada para individu yang ingin melibatkan diri dalam keusahawanan agar tidak meminjam duit dari along.

“Saya ingin mengingatkan kepada individu yang ingin menjadi usahawan agar tidak meminjam duit daripada along kerana di negara kita banyak saluran bantuan yang disediakan untuk membantu mereka yang ingin memulakan perniagaan,”katanya.

Pada majlis tersebut seramai 125 orang peserta 1 Azam telah diberikan sebuah ‘mixer’ dan ‘oven’ sebagai bantuan kepada mereka bagi menjalankan perniagaan mereka. –Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Jainab bersama peserta yang menyertai kursus tersebut.

Jainab bersama peserta yang menyertai kursus tersebut.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan