Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,663

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kerajaan Persekutuan harus mendengar keluhan rakyat Sabah

7:24pm 07/01/2016 Leolerry Lajius 83 views Politik,Tempatan
Datuk Dr.Marcus Markin Mojigoh ketika sidang media tersebut.Gambar Oleh Alexion Mairin

Datuk Dr.Marcus Markin Mojigoh ketika sidang media tersebut.Gambar Oleh Alexion Mairin

KOTA KINABALU: Kerajaan Persekutuan harus mendengar keluhan yang disuarakan oleh rakyat Sabah dan mengambil langkah penyelesaian yang sewajarnya.

Demikian ungkapan Ahli Parlimen Putatan Datuk Dr.Marcus Markin Mojigoh, ketika sidang media pada majlis penyerahan bantuan persekolahan sumbangan AFFIN Holdings Berhad di Hotel Promenade pagi tadi.

Menurut beliau, masalah kesesakan jalan raya dan keadaan jalan yang tidak sempurna di Sabah harus diselesaikan dengan memberikan peruntukan yang sepatutnya oleh Kerajaan Persekutuan  bagi membaiki infrastruktur jalan raya di negeri ini.

“Jika pelancong datang ke Kuala Lumpur mereka melihat jalan raya di sana dalam keadaan yang sangat baik tetapi apabila datang ke Sabah, mereka akan memberikan komen yang negatif kerana terpaksa berhadapan dengan kesesakan jalan raya di samping keadaan jalan yang tidak sempurna,”katanya.

Tambahnya, perkara tersebut telah disuarakan oleh beliau di Parlimen dan berharap agar kerajaan Persekutuan akan menyelesaikan perkara tersebut dengan sebaiknya.

“Tugas sebagai wakil rakyat adalah berbakti kepada masyarakat dan saya berharap agar lebih ramai lagi pihak yang akan tampil ke hadapan bagi memperjuangkan isu-isu yang berlaku di negeri ini,”katanya.

Walaubagaimanapun, beliau berkata Kerajaan Persekutuan telah memberikan peruntukan bagi menyelesaikan masalah tersebut namun masih banyak lagi isu berkaitan yang memerlukan perhatian dan perlu diselesaikan.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan