Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kerajaan Persekutuan Dan Negeri Bekerjasama Salut Bantuan Pulih Kesan Gempa

gempa

RANAU : Kerajaan persekutuan dengan kerjasama kerajaan negeri akan menghulurkan bantuan bagi membantu kerja-kerja pemulihan akibat gempa bumi di Sabah pada 5 Jun lalu.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata kementerian berkaitan termasuk kementeriannya akan membaik pulih kemudahan asas seperti jalan raya, bekalan air dan elektrik serta membaiki rumah penduduk yang rosak akibat bencana itu.

“Kita belum putuskan nilai peruntukan yang akan disalurkan. Agensi-agensi berkaitan akan mengemukakan laporan mengenai bentuk kerosakan dan anggaran nilai kerosakan yang dialami,” katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa gempa bumi di Kampung Mesilou dan Kampung Kauluan di Kundasang di sini hari ini.

Mohd Shafie turut diberi taklimat berhubung perkembangan terkini kesan gempa bumi Ranau oleh Pengarah Taman-Taman Sabah Dr Jamili Nais dan Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Sabah Amrullah Kamal.

Beliau berkata bantuan perlu disalurkan segera memandangkan Ranau dan Kundasang merupakan tempat tumpuan pelancong dalam dan luar negara.

“Taman-Taman Sabah perlu membuat kajian mendalam sebelum membuka semula Taman Kinabalu kepada orang awam untuk pendakian bagi memastikan ia benar-benar selamat selain menjaga imej pelancongan negara,” katanya.
— BERNAMA

 

Komen


Berita Berkaitan