Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Lee-Kerajaan perlu pertimbangkan pemberian dokumen pengenalan diri kepada kanak- kanak yang lewat mendaftar

10:07pm 03/03/2016 Elezebeth Esther Onjining 99 views Isu Semasa,Nasional,Tempatan
Lee (kedua dari kiri) menyerahkan kertas aduan kepada Jasmih (kedua dari kanan). Turut kelihatan ialah Penolong Setiausaha SUHAKAM,Aflin Dino (kanan) dan Setiausaha Hak Asasi Rakyat Sabah, Tan Cheng Hwee (kiri)

Lee (kedua dari kiri) menyerahkan kertas aduan kepada Jasmih (kedua dari kanan). Turut kelihatan ialah Penolong Setiausaha SUHAKAM,Aflin Dino (kanan) dan Setiausaha Hak Asasi Rakyat Sabah, Tan Cheng Hwee (kiri)

KOTA KINABALU- Presiden Hak Asasi Rakyat Sabah, Lee Yun Yee merayu kepada Kementerian Dalam Negeri agar mempertimbangkan isu pemberian dokumen pengenalan diri kepada kanak- kanak yang lewat mendaftar kelahiran.

Gesaan itu dibuat memandangkan terdapat banyak kes melibatkan kanak- kanak yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.

Katanya, kanak- kanak yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri adalah disebabkan oleh mereka didaftarkan mengikut status warganegara ibu mereka iaitu bukan warganegara Malaysia walaupun ayah mereka adalah warganegara negara ini.

Disamping itu, katanya, mereka yang daftar lewat kelahiran sukar untuk mendapatkan dokumen pengenalan diri sekali gus sukar untuk mendapatkan hak- hak mereka sebagai rakyat Sabah.

Lee berasa bimbang mengenai masa depan dan hala tuju kanak- kanak tersebut sekiranya mereka tidak mempunyai tempat untuk bergantung kelak.

“Jika kedua- dua ibubapa kanak- kanak ini meninggal dunia, sudah tentu mereka tidak mempunyai tempat yang boleh ditujui disebabkan oleh status mereka sebagai warganegara adalah tidak sah,”katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media berkenaan sijil kelahiran, kad pengenalan dan status kerakyatan di Sabah, di Bilik mesyuarat SUHAKAM, Centre Point, disini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Bahagian Pejabat SUHAKAM, Jasmih Salamat berkata pihak mereka akan memberikan kerjasama penuh dalam menyelesaikan isu tersebut.

Beliau berkata pihak SUHAKAM telah menerima banyak aduan mengenai kelambatan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dalam memproses dokumen pengenalan diri khususnya mereka yang mendaftar kelahiran lewat.

Katanya, dari tahun 2014 hingga 2015, bilangan aduan yang paling banyak diterima adalah berkenaan dokumen pengenalan diri.

“Pihak kami akan meneliti setiap ke atau aduan yang dikemukakan kepada kami dan akan cuba untuk berinteraksi dengan ibubapa kanak- kanak tersebut sebelum membincangkan perkara ini bersama JPN.

Walau bagaimanapun, Jasmih menyeru kepada semua masyarakat negeri ini agar mendaftarkan kelahiran anak- anak mereka mengikut jadual yang diberikan oleh JPN bagi mengelakkan isu pendaftaran lewat. Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan