Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,664

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kerajaan perlu mewujudkan Zon Pelancongan Bebas Cukai di Sabah- Joniston

7:54pm 19/04/2016 Elezebeth Esther Onjining 99 views Laporan Sidang DUN,Pelancongan,Tempatan

joniston-kamarlin-nasir-600x355

KOTA KINABALU- Kerajaan negeri perlu mewujudkan zon pelancongan bebas cukai di bandar- bandar besar seperti Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau untuk menarik lebih banyak pelancong datang ke Sabah, kata Datuk Joniston Bangkuai.

Beliau yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kiulu berkata zon pelancongan bebas cukai itu telah diperkenalkan di beberapa buah negara seperti Jepun, China dan Turki dan ternyata ia mampu menarik kedatangan pelancong asing.
“Saya percaya, pengwujudan “Tax- free tourism zones” ini akan mampu
menarik lebih ramai lagi pelancong ke Sabah dan sekaligus mempertingkatkan hasil pendapatan negeri dan negara,” katanya ketika membahas Ucapan Dasar Kerajaan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), disini, hari ini.
Tambahnya, hasil pendapatan yang diperolehi melalui sektor pelancongan
itu boleh digunakan untuk memajukan pembangunan pelancongan di negeri
ini khususnya di luar bandar.
Menurut Joniston, tarikan semula jadi dan keunikan di kawasan luar bandar mampu menjadi sumber pendapatan baru kepada penduduk luar bandar yang selama ini bergantung kepada hasil pertanian untuk menjana pendapatan.
Selain itu, beliau turut menyarankan sektor pelancongan negeri ini diletakkan di bawah Senarai Bersama atau “Concurrent List” dan bukannya di bawah Senarai Persekutuan.
Katanya, segala perbelanjaan Kerajaan Negeri untuk sektor pelancongan
tidak boleh dituntut semula jika sektor tersebut kekal di bawah Senarai Persekutuan.
“Tetapi jika pelancongan diletakkan dibawah “concurrent list”, apa- apa perbelanjaan kerajaan negeri untuk tujuan pelancongan boleh dituntut sebanyak 50 peratus daripada kerajaan persekutuan,”katanya.
Sehubungan itu, beliau turut mencadangkan agar sebahagian besar
daripada pungutan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang disumbangkan melalui sektor pelancongan negeri dikembalikan kepada Sabah dalam bentuk peruntukan.
Tambahnya, ia bertujuan untuk mengukuhkan kekuatan kewangan negeri ini dalam menjadikan Sabah sebagai destinasi pilihan pelancong domestik dan antarabangsa. Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan