Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,694

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kerajaan perlu membuat sesi ‘engagement’ dengan pemilik tanah Kg Sembulan

9:58pm 06/08/2016 Elezebeth Esther Onjining 225 views Tempatan

KOTA KINABALU- Ketua Umno Bahagian Kota Kinabalu, Datuk Haji Faisyal Datuk YH Diego mencadangkan agar kerajaan negeri membuat ‘engagement’ dengan pemilik-pemilik tanah Kampong Sembulan.

Menurutnya, penduduk kampung tidak perlu risau kerana kerajaan negeri akan tetap menjaga hak pemilik tanah di Kampung Sembulan yang mana terdapat 213 lot keseluruhan dan hampir separuh dimiliki oleh bumiputera

“Saya difahamkan Kerajaan negeri mempunyai perancangan untuk menyelesaikan isu berkenaan dan saya berpendapat bahawa penduduk kampung perlu menerima hakikat dalam soal pembangunan kerajaan, kita (parti umno) akan melakukan yang terbaik demi kepentingan rakyat dan negeri keseluruhannya,”katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap sempena Mesyuarat Perwakilan Bahagian 2016, disini, hari ini.

Selain itu, beliau turut mencadangkan agar satu penubuhan Jawatankuasa Tetap di peringkat Kerajaan Negeri berkenaan isu pembangunan kg. Sembulan.

“Melalui jawatankuasa ini, setiap pemilik tanah boleh menghantar wakil bagi mengurus hal-hal berkenaan pembangunan di kawasan berkenaan,”ujarnya.

Disamping itu, beliau turut mencadangkan penambahan calon muda pada PRU 14 akan datang.

Faisyal berkata bahawa Umno mempunyai ramai pemimpin muda yang layak menjadi calon pada PRU 14.

“Sekiranya diberi peluang, saya rasa mereka boleh melakukan yang lebih baik daripada pemimpin lama dengan stamina dan idealisma pemikiran mereka.

“Adalah dijangkakan pegundi muda semakin bertambah pada PRU 14 akan datang dan adalah wajar cadangan saya ini dipertimbangkan,”katanya. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan