Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kerajaan Percepat Penyediaan Prasarana, Tambahan Anggota Di Esszone – Nur Jazlan

7:24pm 29/02/2016 Pak Roshan 101 views Lahad Datu,Mutakhir,Tempatan

esszone2

LAHAD DATU : Kerajaan akan mempercepatkan penyediaan prasarana dan tambahan anggota keselamatan di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone), kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Katanya langkah itu penting demi keselesaan anggota pasukan keselamatan yang bertugas menjaga keamanan negara.

Saya telah melawat kem-kem mereka (anggota keselamatan) di Tanduo dan Tanjung Labian dan melihat secara dekat keperluan mereka,” katanya kepada pemberita sempena lawatan empat harinya ke Sabah, di sini Isnin.

Menurut Nur Jazlan, kerajaan amat perihatin tentang keperluan anggota keselamatan serta keperluan tambahan anggota di kawasan berkenaan.

Sementara itu, Nur Jazlan juga berkata pihak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) sedang giat melaksanakan Op Bersepadu di enam daerah Esszone meliputi kawasan bandar, pinggir bandar, perkampungan setinggan serta ladang bagi mengesan dan memburu pendatang asing tanpa izin (PATI).

Katanya sepanjang tahun lepas, sejumlah 129,435 orang telah diperiksa dan dari jumlah itu sebanyak 9,610 orang telah ditangkap atas pelbagai kesalahan.

“Esscom akam mempergiatkan Ops Gasak di darat dan laut dalam masa terdekat bagi mengekang kehadiran PATI di negeri ini,” katanya.

Beliau meminta para majikan agar tidak menggaji atau melindungi PATI bagi mengelakkan mereka dikenakan tindakan undang-undang.

“Majikan yang mengetahui pekerjanya tiada sebarang dokumen, mereka perlu mendapatkan dokumen untuk pekerja berkenaan dan membayar levi,” katanya.

Tahun lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meluluskan tambahan aset menerusi perolehan aset bernilai RM65.8 juta kepada pihak maritim.

Nur Jazlan juga menasihatkan penduduk Sabah agar tidak khuatir mengenai keselamatan mereka kerana pihak keselamatan sentiasa mengawasi keselamatan penduduk negeri itu, khususnya kawasan Esszone.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan