Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kerajaan pastikan bantuan mangsa banjir mencukupi

Azizah (duduk) bertanya khabar dengan salah satu keluarga mangsa banjir semasa lawatan ke PPS di Membakut. - foto Aryan De Vera
Azizah (duduk) bertanya khabar dengan salah satu keluarga mangsa banjir semasa lawatan ke PPS di Membakut. – foto Aryan De Vera

BEAUFORT – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan memastikan segala bantuan untuk mangsa banjir di Pusat Penempatan Sementara (PPS) di Daerah Beaufort, Membakut, Sipitang dan Tenom mencukupi.

Ahli Parlimennya, Datuk Azizah Mohd. Dun berkata, dana yang diperuntukan untuk tujuan itu juga akan disalurkan mengikut keperluan semasa di PPS terlibat agar semua mangsa banjir mendapat bantuan sewajarnya.

Menurut beliau, pihaknya tiada masalah dari segi dana bagi membantu mangsa banjir yang ditempatkan di PPS bagi empat daerah ini kerana apa yang penting segala bantuan ini mencukupi dan mampu memenuhi keperluan mereka dari semua segi.

“Kami turut menyediakan ‘partition’ serbaguna masing-masing lapan unit untuk PPS di Membakut serta 16 unit lagi di PPS Beaufort bagi memudahkan mangsa banjir khususnya wanita untuk menukar pakaian dan ibu yang menyusukan bayi.

“Bantuan ‘partition’ ini juga akan ditambah secara berperingkat mengikut keperluan semasa di PPS terlibat,” katanya ketika ditemui selepas membuat tinjauan terhadap mangsa banjir di PPS di Dewan DSP Mohd Dun, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Azizah berkata, kementeriannya akan menambahbaik prosedur operasi standard (SOP) pasca banjir khususnya melibatkan aset dan keperluan bagi memastikan segala bantuan membabitkan keperluan seperti khemah serbaguna, mudah alih, mencukupi untuk kegunaan mangsa banjir di seluruh negara.

Katanya, ia juga sebagai persiapan sekiranya daerah itu sekali lagi menghadapi banjir besar pada masa depan,” katanya sambil meminta unit bencana alam Beaufort kan mangsa banjirmembuka sebuah lagi PPS di kawasan itu bagi menampung pertambahan mangsa banjir – oleh Aryan De Vera / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan