Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kerajaan Negeri ucap takziah kepada keluarga Allaryaham Mazlan Omarbaki

Asmah (empat kiri) bersama Koo (empat kanan) dan Sharudy (kiri) ketika kunjungan di kediamannya di Kg Tinagat hari ini.Gambar SNT/Ehsan JKM

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Mazlan Omarbaki yang meninggal dunia bersama lima rakan lain ketika melakukan operasi mencari dan menyelamat Rabu lepas.

Dalam kenyataan mewakili kerajaan negeri, beliau yang turut berdukacita dengan tragedi yang berlaku di Taman Putra Perdana, Puchong
mengharapkan mereka sekeluarga tetap tabah meskipun melalui dugaan amat berat.

“Bagi pihak Kerajaan Negeri Sabah saya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham dan semoga keluarga beliau tabah menerima ujian ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ucapan takziah beliau disampaikan oleh Pemimpin Pembangunan Masyarakat Sri Tanjung, Koo Hung Eow ketika melawat Asmah Abdalis iaitu ibu kepada Allahyarham Mazlan dan keluarganya di Kg Tinagat hari ini.

Turut bersama dengan Koo pada lawatan tadi ialah Philip Yap CDO Sri Tanjung, Lenon Lee pemaju mukim Sri Tanjung dan Penolong Kanan Penguasa Bomba, Sharudy Bin Delamin Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau.

Jenazah Allahyarham telah diterbangkan ke Tawau petang hari Khamis sebelum dibawa oleh pasukan bomba Tawau ke kampung halamannya di Kg Tinagat dan selamat disemadikan di tanah perkuburan berhampiran.-SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan