Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,769

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kerajaan Negeri tidak dimaklumkan mengenai kelulusan projek air

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri tidak dimaklumkan mengenai kelulusan projek air yang dilaksanakan di negeri ini.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman menegaskan bahawa, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) pada ketika itu tidak pernah datang berjumpa dengan beliau untuk memaklumkan apakah projek yang telah diluluskan untuk dilaksanakan di negeri ini.

“Saya telah tekankan hal ini dalam ucapan-ucapan saya sebelum ini, bahawa saya tidak pernah dimaklumkan mengenai projek ini walaupun saya telah meminta agar dimaklumkan mengenai projek yang akan dilaksanakan di negeri ini.”

“Jika Kerajaan Negeri dimaklumkan mengenai perkara ini, kita akan dapat melaksanakan projek pembangunan di negeri ini mengikut keutamaan, namun ia tidak pernah dilakukan oleh KKLW pada ketika itu,”katanya.

Beliau turut menyatakan, kemungkinan pelaksanaan projek berkenaan dilakukan dengan terus berhubung kepada Jabatan Air tanpa memaklumkan Kerajaan Negeri.

“Kita tidak tahu mengenai projek yang bernilai jutaan ringgit ini sehingga menyebabkan beberapa projek bekalan air tidak dapat disiapkan iaitu bekalan air Sungai Intan, bekalan air luar Bandar Pulau Sebatik, bekalan air Tongod dan Pulau Gaya,”katanya.

Beliau turut menyatakan bahawa, isu seumpama ini bukan sahaja melibatkan projek bekalan air namun turut melibatkan bekalan elektrik dan jalan raya.

“Kita bukan mahu menuding jari kepada sesiapa, tetapi kita merasa kecewa kerana kes seumpama ini berlaku di negeri ini dengan melibatkan jutaan ringgit namun tidak memberikan manfaat kepada rakyat.”

“Saya juga telah dimaklumkan bahawa sebanyak RM10 juta telah diperuntukkan untuk tujuan pembangunan tenaga solar di Long Pasia namun apabila saya datang melawat kawasan berkenaan dan bercerita dengan Ketua Kampung di kawasan berkenaan, projek itu tidak dilaksanakan.”

“Perkara ini memberikan kesan yang tidak baik dan inilah yang dikatakan ada peruntukan tetapi projek tidak dilaksanakan,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan yang dikemukakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Tamparuli Datuk Seri Panglima Wilfred M.Bumburing semasa persidangan Dewan Undangan Negeri yang ke-14, di sini, hari ini.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan