Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kerajaan Negeri terus komited laksanakan program pembangunan di Sabah

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri akan terus berusaha melaksanakan semua agenda dan program pembangunan seperti yang dirancang dan akan dilaksanakan mengikut keutamaan dan fasa pembangunan yang telah digariskan di negeri ini.

Menurut Ketua Menteri Sabah Datuk seri Panglima Musa Haji Aman, pihaknya sentiasa komited dan  berusaha keras dalam menjaga kebajikan rakyat termasuklah pembangunan serta pemodenan di negeri ini.

“Saya pasti rakyat dapat membuka mata sekaligus menilai manfaat yang sudah diperoleh hasil pembangunan di negeri ini dan tidak mudah percaya dengan kenyataan yang diputar belit oleh sesetengah pihak,”katanya ketika sidang media selepas menangguhkan Mesyuarat Kedua Penggal Kelima DUN kali ke-14 di sini, hari ini.

Beliau juga menepis dakwaan sesetengah pihak termasuklah barisan pembangkang  yang cuba memanipulasi projek serta peruntukkan yang sudah disalurkan bagi projek pembangunan di negeri ini.

” Pihak kerajaan negeri sudah pun menjawab segala teka- teki dan kepincangan yang cuba ditimbulkan oleh barisan pembangkang bagi menjernihkan keadaan,”katanya.

Musa yang juga Menteri Kewangan Negeri berkata, pihaknya sentiasa berfikiran terbuka dan sedia berbincang dengan mengambil kira cadangan dan usaha daripada semua pihak termasuk barisan pembangkang demi kebaikan rakyat di negeri ini.

“Dalam persidangan kali ini,  kita turut memberi peluang kepada ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN ) sendiri menyuarakan pendapat dalam perbahasan serta turut diberi peluang bertanyakan isu  tertentu demi kepentingan politik.”

“Pihak kerajaan juga telah memberi penjelasan yang terperinci terhadap pertanyaan atau isu yang dibangkit oleh ADUN sendiri dengan memberikan fakta-fakta yang tepat bagi menjawab segala persoalan,”katanya.-Oleh Leolerry Lajius/SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan