Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

KERAJAAN NEGERI TELITI KES PENYELUDUPAN BERAS DARIPADA VIETNAM

PAPAR: Kerajaan negeri bakal meneliti kes berkaitan penyeludupan beras dibawa masuk secara haram ke negeri ini, baru-baru ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata pihaknya akan mendapatkan secara lebih terperinci berkaitan fakta kes berkenaan sebelum mengambil tindak seterusnya.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (kanan) melawat salah sebuah rumah penduduk daif di Kampung Kuala Dalam, Papar sempena Majlis Sentuhan Kasih dan Kenduri Sekampung. -Gambar SNT/ Mohd Nazllie Zainul

“Saya tidak dapat ulas lanjut mengenai perkara ini disebabkan belum memperolehi maklumat berkaitan.

“Kita difahamkan tujuan asal beras terbabit dibawa masuk adalah bagi transhipment,” katanya kepada media ketika ditemui selepas melawat ke salah sebuah rumah penduduk daif di Kampung Kuala Dalam, hari ini.

Sebelum itu, Mohd Shafie turut merasmikan Majlis Sentuhan Kasih dan Kenduri Sekampung di Masjid Raudhatul Ilmiah, Kampung Kuala Papar.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri, Datuk Jaujan Sambakong dan Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Manis, Datuk Aidi Moktar.

Terdahulu, dilaporkan 351 buah kontena yang didakwa oleh pengeksport memuatkan beras transhipment dari Vietnam untuk pasaran Filipina telah di tahan di Pelabuhan Sepanggar sejak September tahun lalu.

Pada Selasa lalu, sebuah syarikat perniagaan dihadapkan ke Mahkamah Majistret pada Selasa lalu atas tuduhan menyeludup 16,000 karung beras putih Vietnam bernilai RM862,752 di dalam 16 buah kontena.

Syarikat BGC Trading (L) Sdn Bhd didakwa membuat kesalahan tersebut pada 11 September 2018 di Pelabuhan Sepanggar.

Beras tersebut disimpan didalam 16 kontena yang dibawa dari Vietnam.

Bagaimanapun, syarikat berkenaan yang diwakili pengarah urusannnya mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan tersebut di hadapan Majistret Mohamad Aizat Abdul Rahim. -SabahNews Today

Komen


Berita Berkaitan