Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

KERAJAAN NEGERI SOKONG USAHA TINGKAT PENGURUSAN UNDANG-UNDANG SYARIAH

Pembantu Menteri Undang-undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah, Uda Sulai (tengah) pada program Penangguhan Bengkel Prosedur Operasi Standart (SOP) Pegawai Penguatkuasa Agama yang dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) di Wisma Muis, di sini hari ini. Gambar SNT/Ehsan Perhubungan Awam DUN Petagas

Kota Kinabalu: Kerajaan Negeri akan terus menyokong pihak penguatkuasaan agama di negeri ini untuk terus meningkatkan hala tuju pengurusan undang-undang syariah.

Pembantu Menteri Undang-undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah, Uda Sulai berkata, langkah efektif daripada pihak pentadbiran sedia ada bukan sahaja dapat membantu kerajaan bahkan memberikan satu pencapaian secara kolektif mengenai penyampaian enakmen dan undang-undang yang diperkenalkan.

“Pihak kementerian ambil maklum mengenai kekurangan kakitangan penguatkuasaan undang-undang syariah di negeri ini namun semua harus bersabar memandangkan bukan mudah bagi sesuatu kerajaan yang baharu untuk memulihkan permasalahan corak pentadbiran lama,” katanya.

Antara yang hadir pada Penangguhan Bengkel Prosedur Operasi Standart (SOP) Pegawai Penguatkuasa Agama yang dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) di Wisma Muis, di sini hari ini. Gambar SNT/Ehsan Perhubungan Awam DUN Petagas

Beliau berkata demikian ketika berucap bersempena Penangguhan Bengkel Prosedur Operasi Standart (SOP) Pegawai Penguatkuasa Agama yang dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) di Wisma Muis, di sini hari ini.

Hadir sama adalah Timbalan Pengarah JHEAINS (Hal Ehwal Islam) , Mohamad Sidik Awang Adi dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah JHEAINS, Abd Razak Hamdin.

Uda hadir dalam majlis perasmian berkenaan bagi mewakili menteri, Datuk Aidi Mokhtar.

Mengulas mengenai majlis itu, beliau yang membacakan teks ucapan Aidi berkata, bengkel disertai oleh 70 anggota penguatkuasaan berkenaan mampu menjadi titik tolak kepada penyelarasan dan pengawalseliaan kes jenayah syariah di Sabah mengikut enakmen ditetapkan.

“Kita berharap dengan terlaksananya bengkel dan perencanaan terancang untuk pegawai-pegawai penguatkuasa agama, maka akan dipertingkatkan lagi intergrasi jaringan sedia ada.

“Melalui bengkel ini juga, dapatlah memberi nafas baru terhadap pengendalian kes kesalahan jenayah syariah di seluruh negeri Sabah dengan penyeragaman yang mesra pelanggan,”katanya.-SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan