Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,687

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kerajaan Negeri sentiasa beri sokongan penglibatan IPTA dalam sektor pertanian

9:57pm 30/11/2015 Dewiana Tinggolongon 23 views Kota Kinabalu,Pendidikan,Tempatan
Yahya (tengah) menyaksikan gimik perasmian bersama Naib Canselor UMS, Prof.Datuk Dr. Harun Abdullah (empat kanan).- Foto Alex Mairin / sayangsabah.

Yahya (tengah) menyaksikan gimik perasmian bersama Naib Canselor UMS, Prof.Datuk Dr. Harun Abdullah (empat kanan).- Foto Alex Mairin / sayangsabah.

KOTA KINABALU- KOTA KINABALU- Kerajaan Negeri sentiasa memberi sokongan penglibatan Institut Pengajian Tinggi (IPT) khususnya Universiti Malaysia Sabah (UMS) dalam Industri pertanian.
Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Datuk Seri Panglima Yahya Hussin berkata, kerjasama di antara pihak industri dan dan IPT harus diteruskan demi kepentingan sektor berkenaan.
“Aktiviti-aktiviti seperti perkongsian teknologi terkini dan kerjasama penyelidikan dilihat berkesan dalam pembangunan sumber manusia yang berkemahiran yang seterusnya membantu kepada pembangunan industri pertanian di Sabah,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Pelancaran Pusat Kecemerlangan Industri (ICoE) Kluster Pertanian dan Perasmian Persidangan Kebangsaan Pusat Kecemerlangan Industri (ICoE) di sini hari ini (Isnin).
Yahya berkata, melalui penubuhan ICoC khususnya dalam bidang pertanian oleh Pihak Kementerian Pendidikan Tinggi yang diterajui oleh UMS adalah amat bertepatan.
Katanya, industri pertanian sedang mengalami proses transformasi yang pesat berikutan penumpuan kerajaan negeri kepada pembangunan industri pertanian yang berteknologi moden dan
mapan.
“Pembangunan industri pertanian berpaksikan kepada sumber manusia yang mahir dan professional adalah dengan adanya sumber manusia yang berkemahiran
ditambah dengan penggunaan teknologi pertanian terkini.
“Justeru itu saya juga mengalu-alukan para graduan universiti untuk menceburi bidang perniagaan dan keusahawanan pertanian,” ujarnya.
Jelasnya, dengan adanya usahawan tani yang berpendidikan, sektor pertanian mampu bergerak pantas dan lebih inovatif dan kreatif dan mengadaptasikan teknologi pertanian terkini.-Oleh Dewiana Tinggolongon / sayangsabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan