Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,763

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kerajaan Negeri Sabah Paling Banyak Guna Perkhidmatan Dalam Talian

6:31pm 24/05/2016 Pak Roshan 347 views Berita Pilihan,Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan

online

SANDAKAN : Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) mendapati kerajaan negeri Sabah adalah kerajaan negeri yang paling banyak menggunakan perkhidmatan dalam talian di negara ini.

Anggota Dewan Undangan Negeri Sukau Datuk Saddi Abdul Rahman berkata perkara itu terkandung di dalam Laporan Status Perkhidmatan Dalam Talian yang dikeluarkan oleh pada 12 Jan 2015.

Bagi perkhidmatan dalam talian kerajaan kategori negeri, Sabah mencapai tempat pertama di negara ini dengan penyediaan perkhidmatan dalam talian sebanyak 91.39 peratus pada tahun lepas.

“Perkhidmatan dalam talian yang disediakan kerajaan untuk rakyat, peniaga dan penjawat awam membolehkan urusan dilakukan tanpa bersemuka,” katanya ketika merasmikan Seminar ICT Sektor Awam Wilayah Sandakan anjuran Jabatan Perkhidmatan Komputer Sabah di sini, hari ini.

Saddi berkata kejayaan mewujudkan perkhidmatan dalam talian terbaik di negara ini harus disusuli dengan usaha, kempen serta promosi penggunaan sistem aplikasi itu termasuk Khidmat Bayaran Setempat, eCuti, Prestasi dan Profil Latihan.

Menurutnya banyak kelebihan dalam penggunaan aplikasi dalam talian khususnya mengurangkan waktu menunggu di kaunter dan karenah birokrasi serta meningkat tahap pematuhan piagam pelanggan.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan