Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,642

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kerajaan Negeri Sabah menyokong penuh pengubahsuaian Bajet 2016

8:07pm 28/01/2016 Leolerry Lajius 34 views Tempatan

 

Datuk Seri Musa Aman

Datuk Seri Musa Aman

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah menyokong penuh pengubahsuaian Bajet 2016 yang diumumkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri.

Langkah dan inisiatif Kerajaan ini memang tepat pada masanya bagi menghadapi kesan kelembapan ekonomi global dan membantu meringankan beban rakyat serta memastikan ekonomi negara terus mapan dan berdaya tahan.

Menurut Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman, walapun menghadapi cabaran dalam tempoh yang sukar ini, tetapi kerajaan  tetap melindungi dan membela nasib rakyat dan dibuktikan dengan pelaksanaan beberapa langkah yang mendahulukan kepentingan rakyat termasuklah di Sabah.

“ Antaranya pembinaan Lebuhraya Pan Borneo tetap diteruskan di samping penambahan dua lagi UTC di Tawau dan Keningau. Justeru, kita merakamkan penghargaan dan terima kasih atas keprihatinan kerajaan khususnya Y.A.B. Perdana Menteri kepada pembangunan dan kesejahteraan rakyat di negara ini,”katanya.

Tambah beliau, pihak kerajaan optimis bahawa apapun cabaran yang  dihadapi tetap akan dapat diatasi jika semua pihak terus bersatu hati dan menyokong apa juga usaha dan langkah terbaik yang mampu dilakukan oleh Kerajaan.

“Semuanya adalah menjurus kepada pengukuhan ekonomi serta mengoptimumkan sumber yang ada dalam memastikan pembangunan dapat terus dipacu dan rakyat mendapat pembelaan yang sewajarnya, dalam kita menghadapi cabaran ekonomi ini,” katanya.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan