Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kerajaan Negeri Sabah mengisytiharkan 9 Mei sebagai hari kelepasan am tambahan

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah mengisytiharkan 9 Mei 2018 sebagai hari kelepasan am tambahan bagi membolehkan rakyat di negeri ini menunaikan tanggungjawab mereka sempena Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada tarikh tersebut.

Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Sukarti Wakiman dalam satu kenyataan hari ini berkata, pengisytiharan hari kelepasan am tambahan itu berdasarkan Seksyen 9 Ordinan Hari Kelepasan Negeri Sabah.

Tambah beliau, keputusan itu selaras dengan keputusan kerajaan pusat untuk mengisytiharkan tarikh 9 Mei 2018 sebagai hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negara sempena hari mengundi bagi PRU14.

Sebelum itu, pada 10 April lepas, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tarikh itu sebagai hari mengundi bagi PRU14.

Komen


Berita Berkaitan