Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kerajaan negeri rancang bina Pelabuhan Sipitang

Musa Aman (tiga dari kanan) ditemani Raymond Tan Shu Kiah dan Pengerusi Gerakan Sabah, Datuk Gordon Leong (dua dari kanan) menyaksikan pertunjukkan tarian singa. - foto JKM
Musa Aman (tiga dari kanan) ditemani Raymond Tan Shu Kiah dan Pengerusi Gerakan Sabah, Datuk Gordon Leong (dua dari kanan) menyaksikan pertunjukkan tarian singa. – foto JKM

KOTA  KINABALU – Kerajaan negeri mengalu-alukan keputusan menaiktaraf Pelabuhan Sepanggar seperti yang diumumkan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, baru-baru ini.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Raymond Tan Shu Kiah berkata, langkah itu akan dapat meningkatkan peranan pelabuhan itu sebagai antara yang terpenting di rantau ini dan secara tidak langsung menjadian Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) sebagai Hub Transit bagi pelabur yang membawa produk mereka menggunakan kapal-kapal besar dari luar negara.

“Kerajaan negeri telah menyatakan keperluan ini kepada kerajaan Pusat dari dahulu lagi kerana keperluan logistik sangat penting. Ia bukan hanya dilihat dari aspek pelabuhan semata-mata, sebaliknya ia melibatkan rangkaian perindustrian dan perniagaan sangat luas.

“Justeru, kita gembira kerana menteri berkenaan memberi perhatian terhadap keperluan ini memandangkan Sabah adalah sebuah negeri yang cukup besar. Apabila kita menjalankan perniagaan semua kos perlu diambil kira termasuk pengangkutan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Tiong Lai bahawa kerajaan Persekutuan akan menaiktaraf Pelabuhan Sepanggar menjadi sebuah pelabuhan terpenting dan bermanfaat kepada rakyat Sabah.

Tiong Lai berkata, kementeriannya komited untuk membantu merealisasikan usaha berkenaan dalam membantu mengurangkangkan kos ditanggung oleh pengguna di negeri itu.

Dalam pada itu, Raymond berkata, kerajaan negeri merancang untuk membina pelabuhan baharu di Sipitang selain yang Pelabuhan Sepanggar dan Pelabuhan POIC Lahad Datu yang sedang dalam pembinaan.

Katanya, pelabuhan di Sipitang itu khas untuk operasi bagi produk minyak dan gas memandangkan Projek Ammonia Urea Sabah (Samur) dan Terminal Minyak dan Gas Sabah (SOGT) berada di Sipitang. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan