Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

KERAJAAN NEGERI PERLU KUASA PANTAU PROJEK PEMBANGUNAN SABAH

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri perlu diberikan kuasa dalam melaksanakan dan membuat pemantauan pembangunan di Sabah agar dapat diselaraskan dengan baik.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal berkata, kuasa yang diturunkan dari kerajaan pusat kepada kerajaan negeri ini mempunyai manfaat yang mana kerjasama antara kedua-dua peringkat diperlukan dan dipertingkatkan.

“Apa yang penting kepada kita adalah rakyat memerlukan kemudahan pendidikan dan begitu juga dengan kemudahan-kemudahan yang diperlukan dalam kesihatan seperti hospital yang besar namun kemudahannya tidak banyak dan pakar-pakar yang tidak mencukupi.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (kanan) menerima kunjungan hormat daripada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di kediaman rasmi Ketua Menteri, Sri Gaya, Kota Kinabalu. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

“Jadi, benda ini perlu dilakukan sebaik mungkin dengan kerjasama antara kerajaan negeri dan pusat perlu kita selaraskan yang mana ada keupayaan di sini perlu kita tingkatkan.

“Dan tidak ada ertinya jika mereka (kerajaan pusat) membuat pemantauan dari Kuala Lumpur,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas kunjungan hormat Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman serta Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad ke kediamannya di sini hari ini.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menerima momento daripada Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad selepas menerima kunjungan hormat di kediaman rasmi Ketua Menteri, Sri Gaya, Kota Kinabalu. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

Katanya, segala perbincangan dengan menteri-menteri persekutuan berkenaan, menjurus ke arah apa yang telah diungkapkan oleh Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad pada sambutan Hari Malaysia 2018 berkenaan pemberian semula status rakan sekutu dalam persekutuan Malaysia dan pengkajian semula Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Tambahnya, perkara berkenaan sudah sampai masanya bahawa bukan hanya kita perlu melihat apa yang telah dimeterai dalam MA63 tetapi dapat melaksanakan dan merialisasikannya seperti kuasa yang diturunkan kepada kerajaan negeri.

“Penting kepada kerajaan negeri adalah pelaksanaan, contohnya kita mendapati bahawa daripada lebih 100 buah sekolah yang dibina oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) hanya kira-kira 37 sekolah di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah siap dilaksanakan.

“Manakala yang dikendalikan dan dipantau oleh KPM, sehingga sekarang masih terbengkalai semuanya.

“Kita mempunyai jurutera di setiap daerah dan mungkin satu kementerain mempunyai satu hingga dua juruteranya sendiri, tetapi keterbatasannya untuk memantau semua hospital dan sekolah tidaklah begitu mencukupi dan jika diletakkan kepada JKR, pakar-pakar ini boleh memantau dari segi pelaksanaan projek di peringkat negeri,” jelasnya.

Mohd Shafie berkata, dengan cara berkenaan sudah pasti ianya akan dapat mengatasi pembaziran kewangan kerajaan sekaligus dapat meningkatkan keupayaan pemantauan di peringkat negeri. -SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan