Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,668

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kerajaan Negeri perkenalkan 4 kaedah khusus tangani masalah Tanah Anak Negeri

2:48pm 18/04/2016 Leolerry Lajius 196 views Tempatan,YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman
Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman.-Gambar Oleh Alex Mairin

Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman.-Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah telah  mengambil pendekatan untuk melaksanakan empat kaedah khusus bagi menangani isu pemilikan Tanah Anak Negeri di negeri ini.

Menurut Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman, inisiatif itu termasuklah menubuhkan unit petugas khas untuk mengukur pendudukan tanah oleh anak negeri.

“Semenjak kaedah ini dilaksanakan iaitu bermula pada tahun 90’an, Jabatan Tanah dan Ukur telah berjaya mengukur kawasan Tanah Adat Anak Negeri sebanyak 5,060 lot dengan keluasan 12, 694 hektar bersamaan 31, 366.87 ekar,”katanya.

Kerajaan Negeri juga telah melaksanakan pemberian hak milik tanah melalui pengeluaran Geran Komunal di Bawah Seksyen 76 Ordinan Tanah Bab 68 bermula pada tahun 2009.

Setakat ini, sebanyak 67 geran komunal dengan keluasan keseluruhan 43, 731 telah dikeluarkan merangkumi 11 daerah dan 198 buah kampung yang melibatkan seramai 9, 758 benefisiari.

Selain itu, terdapat sebanyak 19 geran komunal dengan keluasan 13, 226.75 hektar merangkumi 35 buah kampung dan melibatkan seramai 5, 055 benefisiari masih dalam proses kelulusan oleh kerajaan.

Musa juga menyatakan, bagi mengenalpasti kawasan-kawasan tanah kerajaan yang sedang diduduki oleh Anak Negeri di seluruh pelosok negeri Sabah yang masih belum mempunyai hak milik, Kerajaan Negeri juga telah menubuhkan Unit Pentadbiran Tanah Anak Negeri Sabah (PANTAS).

“Sehingga kini, sejumlah 9, 037 lot telah diukur dengan keluasan 15, 138.54 hektar dan daripada jumlah tersebut sebanyak 2, 058 geran syarat NT telah dikeluarkan dan diserahkan kepada penduduk di Daerah Kinabatangan, Kampung Seri Serbang dam Kampung Sg. Damit Bongawan,” katanya.

Selain itu, Kerajaan Negeri juga telah mewartakan simpanan Tanah Anak Negeri di bawah Seksyen 78 Ordinan Tanah Bab 68 bagi memastikan pemilikan Tanah Adat negeri sentiasa terpelihara dan setakat ini, sejumlah 32, 590 hektar telah diwartakan sebagai Tanah Rizab Anak Negeri.

“Kerajaan negeri tidak berminat untuk mengisytiharkan Tanah Adat seperti yang dilaksanakan di negeri Sarawak kerana kaedah dan pendekatan yang diamalkan di negeri ini mampu untuk menjaga dan memelihara Hak Tanah dan kepentingan penduduk Anak Negeri Sabah,” katanya.

Tambah beliau, Kerajaan Negeri juga telah memainkan peranan yang penting dalam menyelesaikan isu pengambilan tanah milik orang kampung oleh syarikat-syarikat besar yang berlaku di Tongod dan melalui campur tangan kerajaan, seluas 1600 ekar tanah di kawasan yang diambil oleh syarikat tersebut berjaya dikeluarkan.

“Saya telah memanggil wakil syarikat yang terlibat di pejabat saya dan melalui rundingan yang telah dilakukan seluas 1600 ekar tanah telah berjaya dikeluarkan dan syarikat tersebut juga telah membayar sebanyak RM8 juta pampasan dan seluas 3500 ekar  tanah juga telah ditambah oleh pihak kerajaan untuk penduduk yang terlibat,” katanya.
Beliau berkata demikian, ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli Datuk Seri Panglima Wilfred M. Bumburing yang bertanya sama ada kawasan-kawasan tanah adat telah dikenalpasti seperti di Sarawak dan apakah dasar kerajaan dalam pengurusan tanah-tanah tersebut  ketika persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Mesyuarat Pertama Penggal keempat DUN yang ke-14, di sini, hari ini.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan