Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kerajaan Negeri pastikan MA63 dipenuhi – Shafie

Kota Kinabalu : Kerajaan Negeri komited memastikan semua yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dipenuhi Kerajaan Pusat.

Ketua Menteri, Datuk Seri Shafie Apdal berkata antara yang diutamakan adalah hak negeri terhadap elektrik dan pengagihan gas yang telah diambil balik oleh Kerajaan Persekutuan pada 1983.

Menurut beliau, Kerajaan Negeri akan memastikan penurunan kuasa semula diberikan di bawah Perkara 95C Perlembagaan Persekutuan.

“Pada masa yang sama, royalti minyak sebanyak 20 peratus yang diumum Perdana Menteri baru-baru ini akan menjadi keutamaan kita.

“Bayaran royalti minyak diselaraskan dengan apa yang dijanjikan dalam manifesto supaya kita akan mendapat best deal seperti dalam MA63,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan dikemukakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tampraruli, Datuk Jahid Jahim pada Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Sidang DUN Sabah Ke-15, pada Isnin.

Shafie turut menjelaskan, Kerajaan Negeri selaras dengan MA63 telah menubuhkan beberapa kementerian baharu iaitu Kementerian Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri serta Kementerian Pelajaran dan Inovasi dan Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat.

Jelasnya, tindakan tersebut menunjukkan Kerajaan Negeri melaksanakan tanggungjawab berkaitan undang-undang khususnya berhubung dengan anak negeri seterusnya memberi kuasa kerajaan berkenaan dalam bidang kesihatan dan pelajaran.

Selain itu, Shafie mendedahkan, semua tuntutan dikemukakan Kerajaan Negeri selaras dengan Report of the Inter-Governmental Committee MA63 dan Perlembagaan Persekutuan meliputi Perkara 1 (2) Perlembagaan Persekutuan sebelum tahun 1976 dan meminta semakan Pemberian Khas di bawah perenggan 2 Bahagian IV Jadual Kesepuluh, Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan.

Turut dikemukakan, semakan semula hasil daripada gas dan minyak yang diterima Sabah serta mengkaji semula dan menaikkan pembayaran tunai petroleum.

Tambah beliau, Kerajaan Negeri juga memastikan duti setem dan tanah diberi hak kepada mengikut peruntukan di bawah Seksyen 75 Akta Malaysia 1963 dan Perkara 85 dan 86 Perlembagaan Persekutuan, di samping Borneosation iaitu lebih kurang 90 peratus ketua-ketua jabatan Persekutuan di Sabah diketuai daripada Anak Negeri./Penerangan-

Shafie bersalaman dengan Timbalan -timbalan Ketua Menteri, Christina Liew (tengah) dan Datuk Jaujan Sambakong (kiri).

Komen


Berita Berkaitan