Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kerajaan Negeri menerima RM 3.53 juta daripada KPD

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Aman (tengah) menyaksikan penyerahan cek bayaran balik hutang dan dividen sejumlah RM3.53 juta daripada Pengurus Besar KPD, Datuk Datu Basrun Datu Mansor (empat dari kiri) kepada Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Sabah, Datuk Pg. Hassanel Datuk Pg. Mohd Tahir (empat dari kanan), disini, hari ini. Foto: Alex Mairin/SayangSabah

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri telah menerima RM 3.53 juta daripada Korporasi Pembangunan Desa (KPD) sebagai bayaran balik hutang dan pembayaran dividen.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Datuk Seri Panglima Yahya Hussin berkata KPD turut membayar sejumlah RM 1 juta sebagai pembayaran dividen kepada Kerajaan Negeri.

“Ini menepati dasar kerajaan di bawah kepimpinan YAB Ketua Menteri Sabah agar semua agensi dan syarikat-syarikat yang menjalankan perniagaan mereka dan membuat keuntungan serta tidak mengalami kerugian seperti sebelumnya,” katanya

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menyaksikan penyerahan cek bayaran kepada kerajaan negeri di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, disini, hari ini.

Selain itu, Yahya berharap agar syarikat- syarikat atau agensi dibawah kementeriannya supaya memasang strategi untuk menjayakan perniagaan mereka.

“Kita mahu agar agensi ini agar lebih bekerja keras dan aktif untuk mendapatkan keuntungan yang baik supaya dapat memberi faedah kepada kerajaan supaya dapat menggunakan wang tersebut untuk membantu rakyat,”tambahnya.

Dalam perkembangan sama, Pengerusi Lembaga Pengarah KPD, Datuk Saddi Abdul Rahman berkata pembayaran dividen kepada kerajaan negeri menunjukkan bahawa pihaknya telah mencapai peningkatan dari segi pengurusan ekonomi khusunya dalam memberi peluang ekonomi di kawasan luar bandar.

“Dengan adanya pembayaran dividen ini, ia menunjukkan bahawa KPD sudah mengorak selangkah ke hadapan. Sebelum ini, kita tidak pernah mendengar KPD membayar dividen.

“Namun kini, KPD sudah berupaya menunjukkan peningkatan dari segi bantuan ekonomi di kawasan luar bandar serta mendapat keuntungan ataupun jelmakan sebagai satu transformasi ekonomi di luar bandar, jelasnya.

Di samping itu, Saddi berkata KPD mempunyai sumber pendapatan seperti pemilikan saham yang mampu menjana ekonomi KPD

“Kita masih memerlukan suntikan dana daripada pihak kerajaan dalam isu- isu pembangunan di luar bandar namun tidak seperti dahulu kerana KPD mempunyai kewangan sendiri untuk mengatur cara pengurusan sendiri,” katanya. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan