Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kerajaan negeri setuju mansuh perkataan `lain-lain’

Tan Sri Joseph Pairin Kitingan. - foto ille Tugimin
Tan Sri Joseph Pairin Kitingan. – foto ille Tugimin

KOTA KINABALU – Kerajaan negeri bersetuju untuk memansuhkan perkataan `lain-lain’ bagi menyatakan kaum/keturunan dalam borang-borang kerajaan.

Sehubungan itu, Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Sukarti Wakiman berkata, kerajaan negeri akan mengemukakan senarai suku kaum atau ektrik yang ada di Sabah kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sebagai rujukan jabatan tersebut.

“Jemaah Menteri Negeri Sabah dalam mesyuarat pada 21 Januari telah membincangkan isu perkataan `lain-lain’ dalam borang kerajaan bagi menyatakan kaum/ketururan seseorang pemohonan.

“Dalam mesyuarat itu, jemaah menteri bersetuju untuk memansuhkan perkataan itu. Senarai suku/etnik akan diserahkan kepada JPN sebagai rujukan dalam memproses permohonan-permohonan pendaftaran kelahiran dan kad pengenalan oleh warganegara Malaysia yang berasal dari Sabah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sukarti berkata, ruangan bagi menyatakan kaum atau keturunan seseorang pemohon yang disediakan dalam borang-borang kerajaan hendaklah dikosongkan.

Jelas beliau lagi, dengan ini, pemohon boleh menyatakan sendiri suku atau keturunan masing-masing di ruangan yang disediakan.

Sebelum ini, isu berkaitan perkataan `lain-lain’ timbul selepas Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem memberitahu bahawa kerajaan Perkutuan telah bersetuju terhadap permintaan Sarawak untuk mengugurkan `lain-lain’, sebaliknya meninggalkan ruang itu untuk diisi oleh orang ramai.

Mengambil reaksi daripada persetujuan kerajaan Pusat itu, pelbagai pihak di negeri ini menyokong gesaan Presiden Parti Bersatu Sabah yang juga Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan agar Sabah juga perlu mengugurkan perkataan `lain’lain’. – oleh Sitti Nor Azizah Talata  / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan