Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kerajaan Negeri lanjut tempoh perkhidmatan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah selama setahun

Tan Sri Datuk Seri Panglima Sukarti Wakiman
Tan Sri Datuk Seri Panglima Sukarti Wakiman

KOTA KINABALU- Kerajaan Negeri telah melanjutkan perkhidmatan Tan Sri Datuk Seri Panglima Sukarti Wakiman sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah untuk tempoh masa setahun.

Perkhidmatan beliau akan bermula pada 9 Januari, tahun ini sehingga 8 Januari 2017.

Tempoh perkhidmatan beliau sebagai Setiausaha kerajaan negeri dilanjutkan kerana perkhidmatan yang cemerlang dan pengalaman yang luas dalam perkhidmatan awam Negeri Sabah.

Disamping itu, Sukarti sebelum ini pernah menjawat jawatan Setiausaha Tetap di tiga buah kementerian iaitu kementerian Pertanian dan perikanan, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Kementerian Pembangunan Infrastruktur.

Selain itu, beliau juga pernah menjadi Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah sebelum dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah pada 3 Julai 2007. -Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan