Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,415

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kerajaan Negeri konsisten tingkat kualiti pendidikan

3:59pm 27/03/2017 Leolerry Lajius 20 views Kota Kinabalu,Pendidikan,Tempatan

Teo (tengah) menyampaikan cek peruntukan kepada salah seorang wakil SJKC di Sabah sambil diperhatikan oleh Wee (tiga dari kiri).

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri sentiasa konsisten mencari inisiatif dan alternatif dalam meningkatkan lagi kualiti pendidikan di negeri ini. 

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Aman berkata, kerajaan sedar tentang keperluan dana untuk pembaikan dan pemulihan bangunan sekolah-sekolah di Sabah.
 
“Meski ekonomi masa kini kian mencabar, kerajaan persekutuan masih terus memberikan peruntukan secukupnya kepada negeri kita.
 
“Pada tahun ini sahaja, sebanyak RM6,565,000 telah disalurkan oleh Kerajaan Pusat kepada 66 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Negeri Sabah.
“Dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan khususnya Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), kami sentiasa berusaha menyediakan sistem pembelajaran dan pengajaran yang terbaik dalam usaha untuk mendekatkan jurang perbezaan pendidikan di sekolah bandar dan sekolah pedalaman,” ujarnya.
Teks ucapan beliau disampaikan oleh Menteri Tugas-tugas Khas, Datuk Teo Chee Kang dalam Majlis Penyerahan Cek Peruntukan Kementerian Pendidikan Malaysia Kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) berstatus Sekolah Bantuan Kerjaan di SJKC Chung Hwa Likas, pagi ini. 
Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Wee Ka Siong,  Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Infrastruktur, Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan dan Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia, Datuk Chong Sin Woon./PENERANGAN-

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan