Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,765

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kerajaan negeri komited tingkatkan mutu perkhidmatan rel di Sabah

KOTA KINABALU- Kerajaan negeri akan meneruskan pelaksanaan beberapa inisiatif yang dirangka di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK- 11) bagi meningkatkan mutu perkhidmatan rel di Sabah, kata Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Pairin yang merupakan Timbalan Ketua Menteri Merangkap Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah berkata penambahbaikan perkhidmatan akan terus dirancangkan dan dilaksanakan agar perkhidmatan rel akan terus berkembang.

” Menambah aset Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS) sebagai langkah untuk meningkatkan kualiti serta mutu perkhidmatan. Bagi maksud ini, sebuah railbus kini sudah mula beroperasi sejak pertengahan bulan Oktober 2016 secara perkhidmatan express.

” Sebuah lagi railbus dijangka akan diperolehi pada hujung tahun ini dan akan mula beroperasi pada awal tahun hadapan,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, hari ini.

Selain itu, katanya, JKNS turut menaiktaraf landasan dari Halogilat ke Tenom dengan menggantikan rel daripada 60lb kepada 80lb.

Menurut Pairin, langkah tersebut membolehkan penggunaan lokomotif yang lebih berkapasiti muatan tinggi serta memberi keselesaan kepada penumpang yang lebih baik dan selamat.

Di samping itu, Pairin berkata sebanyak tiga buah set Diesel Multiple Unit (DMU) telah diluluskan dan projek- projek tersebut kini dalam proses semakan dokumen tender.

” Tender bagi ketiga- tiga set DMU serta kerja- kerja menaiktaraf landasan Halogilat- Tenom itu dijangkakan dikeluarkan pada fahun 2017,” katanya. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan