Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,652

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kerajaan Negeri komited pulihkan sektor pelancongan menerusi Bajet 2016

7:06pm 20/11/2015 Dewiana Tinggolongon 50 views Mutakhir

musa aman

KOTA KINABALU- Kerajaan negeri terus komited membangunkan dan memulihkan sektor pelancongan di negeri ini dengan memberi peruntukan sebanyak RM218.37 juta menerusi Bajet 2016.

Ketua Menteri Musa Aman berkata, daripada jumlah itu sebanyak RM6.11 juta akan diperuntukkan untuk melaksanakan program-program yang berkaitan dengan peningkatan perlindungan dan pemuliharaan alam sekitar.

“Pada tahun 2016 kerajaan yakin pertumbuhan pelancongan global akan berkembang di antara tiga hingga empat peratus.

“Sementara itu, ketibaan pelancong Asia dijangka bakal mencatatkan pertumbuhan sekitar empat hingga lima peratus,” katanya ketika membentangkan Rang Undang-undang Perbekalan (2016)  di Dewan Undangan Negeri di sini hari ini (Jumaat).

Musa berkata, dalam meningkatkan sektor berkenaan, kerajaan akan meningkatkan jaringan udara sama ada melalui penerbangan terus berjadual mahupun penerbangan sewa khas.

Dalam masa yang sama, Kerajaan Negeri akan meneruskan usaha untuk memulihkan keyakinan para pelancong antarabangsa.

Justeru itu, pemberian fokus akan diberikan dalam aspek pasaran domestik dan pasaran-pasaran lain yang telah mencatat peningkatan pada tahun 2014.

Jelasnya, tahun 2015 merupakan satu tahun yang mencabar bagi industri berkenaan akibat beberapa kejadian yang tidak dijangka menimpa negeri tersebut.

“Kejadian itu telah sedikit sebanyak menjejaskan jumlah ketibaan pelancong dan perkembangan sektor pelancongan,” katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, sejumlah RM20.8 juta diperuntukkan untuk pengurusan secara lestari kawasan perlindungan dan habitat hidupan liar.

Katanya, kepentingan kepelbagaian biodiversiti itu merupakan pemangkin kepada pembangunan sektor pelancongan.

Tambahnya, sejumlah RM28.76 juta akan diperuntukkan untuk tujuan perancangan program kebudayaa dan kesenian serta pemeliharaan khazanah warisan budaya dan adat resam.- Oleh Dewiana Tinggolongon / sayangsabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan