Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kerajaan Negeri komited bantu perluaskan unit Pembedahan Neuro di seluruh Sabah

Yahya memukul gong sebagai tanda merasmikan persidangan itu sambil diperhatikan oleh Dr. Saffari (kiri) dan Dr Pulivendhan (kanan).
Yahya memukul gong sebagai tanda merasmikan persidangan itu sambil diperhatikan oleh Dr. Saffari (kiri) dan Dr Pulivendhan (kanan).

KOTA KINABALU- Kerajaan Negeri komited membantu unit pembedahan neuro (Neurosurgery) negeri ini bagi memperluaskan perkhidmatan mereka di seluruh Sabah, kata Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hj. Yahya Hussin

Yahya berkata, objektif utama unit itu adalah untuk mewujudkan satu pusat neurosains yang menggabungkan pembedahan saraf dan dengan kepakaran lain seperti neurologi, neuro- anestesia, rawatan rapi neuro, neuroradiologi dan pemulihan neuro di bawah satu bumbung.

“Bagi tujuan tersebut, unit Pembedahan Neuro negeri ini bercadang memperluaskan perkhidmatan mereka ke dua buah daerah iaitu Tawau dan Sandakan,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena majlis perasmian Persidangan Kebangsaan Tahunan Neurosurgery Association of Malaysia (NAM) ke -16 di Pacific Sutera Hotel, Kota Kinabalu, hari ini.

Selain itu, Yahya berkata kerajaan negeri sentiasa menggalakkan pembangunan penjagaan kesihatan di negeri ini.

Katanya, sektor pelancongan perubatan merupakan salah satu penyumbang utama kepada ekonomi di negara ini.

“Hospital awam di seluruh negeri termasuk Hospital Queen Elizabeth, Hospital Queen Elizabeth II dan Hospital Wanita dan Kanak- Kanak Sabah (Likas) telah dinaiktarafkan dimana dua daripada hospital berkenaan merupakan hospital swasta.

Turut hadir di majlis itu ialah Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri, Dr William Gotulis, Presiden NAM, Datuk Dr. Saffari Mohd. Haspani, dan Ketua Jabatan Pembedahan Neuro Hospital Queen Elizabeth II merangkap Pengerusi Penganjur PersidanganDatuk Dr.Pulivendhan Sellamuthu. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan