Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,792

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kerajaan negeri komited bangunkan sektor pendidikan

2:15pm 04/10/2016 Leolerry Lajius 11 views Pendidikan,Tempatan

KOTA MARUDU: Kerajaan negeri sentiasa memberi komitmen untuk membangunkan sektor pendidikan kerajaan dan swasta dalam negeri.

Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Anita Baranting berkata, kerajaan negeri optimis bahawa matlamat ini akan dapat dicapai dengan pelaksanaan pelbagai dasar dan program transformasi sistem pendidikan negara, agar terus relevan dengan keperluan dan kelestarian pendidikan yang lebih berkualiti.

“Fokus utama adalah untuk membangunkan sekolah-sekolah di luar Bandar melalui penyediaan prasarana dan teknologi setaraf dengan sekolah Bandar,”katanya.

Anita yang juga merupakan  Ahli Dewan Undangan Negeri N.5 Tandek, berkata demikian ketika berucap merasmikan Karnival Pendidikan Majlis Pendidikan Advent Utara (MPAU) 2016 di Dewan Sekolah Menengah Advent Goshen (SMAG) disini, baru-baru ini.

Menurut Anita, untuk mencapai sasaran di dalam mencapai kualiti yang cemerlang dalam sektor pendidikian bukan mudah, malah tempoh yang diperlukan bagi melihat sesuatu kejayaan daripada dasar yang ditentukan memerlukan masa yang panjang.

Sehubungan itu, katanya, semua pihak perlu menghayati betapa besar peranan dan pengorbanan seorang guru dalam melahirkan modal insan cemerlang demi kesinambungan kejayaan negara.

“Saya percaya dengan komitmen dan dedikasi para guru, kerjasama semua pihak termasuk ibu bapa, komuniti, sektor swasta dan segenap lapisan masyarakat, maka kecemerlangan pendidikan negara akan dapat terus dipertingkatkan,” kata Anita.

Dalam majlis yang sama, Anita turut mengumumkan bahawa sumbangan sebanyak RM10,000 akan diberikan kepada sekolah-sekolah di bawah naungan MPAU.

Sementara itu, Pengerusi Penganjur Karnival, Pastor Hamir Sigandal berkata, karnival Pendidikan MPAU 2016 merupakan karnival buat julung kalinya di bawah kendalian lembaga jawatankuasa MPAU, yang baru ditubuhkan pada Febuari lalu.

“Peserta karnival adalah sekolah-sekolah swasta (Advent) yang berada di bawah naungan MPAU,” kata Hamir dalam ucapannya.

Sebanyak 12 buah gerai pameran telah dibuka dan mempamerkan produk pendidikan, polisi dan latar belakan sekolah-sekolah yang berada di bawah naungan bahagian Utara.

Antara acara yang dilangsungkan adalah pameran sekolah Advent Utara Sabah, marathon Matematik, persembahan bercerita, tarian 1 Malaysia, koir, pemeriksaan kesihatan, dan pameran 4WD.

Dianggarkan seramai 1,000 orang pengunjung telah mengunjungi karnival selama sehari itu.

Turut hadir, Pengetua SMAG Sharon Laung dan Penyelia Pendidikan Seventh-day Adventist Mission Sabah, Stephen Loo, wakil dari Pejabat Pendidikan Daerah Kota Marudu dan wakil-wakil daripada sekolah-sekolah berhampiran./SayangSabah

Anita bergambar kenangan bersama dengan dif-dif jemputan dan ahli jawatankuasa MPAU 2016.

Anita bergambar kenangan bersama dengan dif-dif jemputan dan ahli jawatankuasa MPAU 2016.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan