Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,689

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kerajaan negeri komited bangunkan pemuliharaan ekosistem semula jadi di Sabah

6:01pm 11/11/2015 Dewiana Tinggolongon 38 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan
Musa (kanan) menerima cenderahati daripada Dr Berhaman Ahmad.- foto Jimmy Tan / sayangsabah.

Musa (kanan) menerima cenderahati daripada Dr Berhaman Ahmad.- foto Jimmy Tan / sayangsabah.

KOTA KINABALU- Kerajaan Negeri Sabah terus komited dalam pembangunan secara lestari berkenaan pemuliharaan ekosistem semula jadi di Sabah.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Aman berkata kerajaan negeri bersama kerajaan pusat akan terus melakukan pelbagai inisiatif seperti program Heart of Borneo(HOB) dan Konvensyen Ramsar mengenai tanah lembab.

“Pendekatan utama Malaysia untuk memulihara ekosistem semula jadi di Sabah adalah melalui perlindungan ekosistem daratan.

“Dengan sukacitanya saya maklumkan setekat ini lebih 21 peratus daripada tanah di negeri ini diwartakan sebagai Kawasan Dilindungi Sepenuhnya (TPA),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap Sempena Persidangan Antarabangsa mengenai Merapatkan Landskap HoB dan di luar melalui Koridor Kawasan Tadahan Air & Persidangan Ramsar Sabah, di sini hari ini.

Menurutnya, pewartaan tanah berkenaan merupakan terbesar di Malaysia.

Katanya, peratusan itu lebih besar berbanding Kesatuan Antarabangsa bagi Pemuliharaan sasaran 10 peratus dan Konevensyen Biologi pelbagai ekosistem sebanyak 17 peratus.

Jelasnya, Sabah turut meluaskan lagi saiz TPA berkenaan kepada 30 peratus dalam tempoh satu dekad ini.

Dalam pada itu beliau berkata Kerajaan negeri Sabah melalui kerjasama Jabatan Perhutanan Sabah sentiasa berusaha menjaga HoB berkenaan dengan menetapkan empat juta tanah kerajaan dijaga.

“Inisiatif ini sejajar dengan misi Jabatan Perhutanan Sabah untuk merancang dan melaksanakan pengurusan sumber hutan di negeri ini selaras dengan prinsip-prinsip pengurusan hutan yang mapan dan pemuliharaan biodiversiti yang berkesan,” katanya.

Tambahnya, persidangan pada kali ini bertujuan merapatkan lanskap HoB menerusi kawasan koridor tadahan air yang sihat.

Jelasnya, sungai, tasik dan tanah lembab merupakan penting bagi landskap HoB dalam membantu kelangsungan hidup justeru itu ianya perlu dijaga dan dipelihara.

Namun kejadian gempa bumi pada bulan Jun lalu telah memberikan kesan terhadap struktur tanah tinggi Gunung Kinabalu.

“Daripada kejadian ini kita harus mengambil iktibar untuk meningkatkan pengurusan sumber demi impak alam sekitar yang baik,” ujarnya lagi.- Oleh Dewiana Tinggolongon / sayangsabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan