Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kerajaan Negeri hentikan serta merta eksport kayu balak

 

KOTA KINABALU: “Kerajaan Negeri Sabah mengambil langkah drastik dengan menghentikan serta merta eksport sumber kayu balak di negeri ini.”

Demikian ditegaskan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Shafie Apdal, bagi memastikan sumber berasaskan kayu mampu menampung bekalan industri pembuatan di negeri ini.

Shafie berkata, arahan rasmi berhubung langkah itu akan dikeluarkan dalam tempoh terdekat dan beliau juga akan memaklumkan pihak perhutanan dan pihak berkuasa berhubung arahan itu.

Beliau menegaskan, langkah itu juga bagi mengelakkan penerokaan hutan yang berterusan dan juga untuk memastikan bekalan kayu untuk negeri ini sentiasa mencukupi untuk keperluan semasa.

“Kita akan mengambil langkah drastik untuk mengharamkan sementara eksport hasil kayu balak dari negeri ini untuk memastikan supaya keperluan kayu kayan bagi industri pembuatan berasakan kayu di negeri ini mencukupi.”

“Langkah ini juga bagi membolehkan peluang pekerjaan bagi anak anak Sabah akan dapat diwujudkan,”katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di Bangunan Yayasan Sabah, di sini, hari ini.

Shafie juga menegaskan bahawa kerajaan negeri juga terus komited dalam menyelesaikan masalah kekurangan peluang pekerjaan di negeri ini dan Yayasan Sabah juga akan memainkan peranan yang penting ke arah itu.

Katanya, Kerajaan Negeri juga tidak bercadang untuk melaksanakan semula Saham Amanah Rakyat Sabah (SARS) kerana peluang pekerjaan lebih memberikan manfaat yang berterusan dan mampu melonjakkan sumber pendapatan penduduk di negeri ini.

“Kita tidak bercadang untuk melaksanakan semula SARS kerana pemberian bonus secara tunai adalah bersifat sementara.”

“Lebih baik kita taja pelajar dengan memberikan bantuan biasiswa dan menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kerana saya yakin langkah itu akan membantu Yayasan Sabah dan rakyat di negeri ini untuk terus maju ke hadapan,”katanya./SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan