Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kerajaan negeri hargai sumbangan komuniti Hakka dalam pembangunan negeri 

Musa Aman (tengah) ketika merasmikan Kompleks dan Dewan Hakka Sabah, bersama ahli jawatakuasa tertinggi Persatuan Hakka Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan. - foto Ille Tugimin
Musa Aman (empat dari kiri) ketika merasmikan Kompleks dan Dewan Hakka Sabah, bersama ahli jawatakuasa tertinggi Persatuan Hakka Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan. – foto Ille Tugimin

KOTA KINABALU – Kompleks dan Dewan Serbaguna Hakka Sabah bukan sahaja menjadi tempat tumpuan masyarakat Hakka tempatan, malah dari seluruh dunia selain diyakini mampu menarik pelabur untuk meneroka potensi perniagaan di negeri ini.

Ditambah pula dengan kestabilan politik dan lokasi strategik di rantau Asia Pasifik, pastinya ia bakal membawa kesan positif yang signifikan ke arah memperkembangkan ekonomi di Sabah.

Justeru, dengan status komuniti Hakka yang terkenal dengan kesungguhan bekerja dan semangat kental, kerajaan negeri yakin masyarakat Hakka di Sabah akan terus memainkan peranan penting dalam memperkembangkan ekonomi negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, pihak kerajaan negeri mahu supaya komuniti Hakka terus menjalani kehidupan mereka dalam keadaan harmoni seperti yang dinikmati pada masa ini.

“Sehubungan itu, kita memberi jaminan untuk meneruskan pendekatan lebih sederhana serta bersedia mendengar apa juga isu yang dikemukakan atau dibangkitkan oleh masyarakat Hakka,” katanya ketika berucap dalam majlis perasmian Kompleks dan Dewan Hakka Sabah, Likas di sini hari ini.

Musa Aman (dua dari) mengadakan lawatan ke gerai pameran sempena perasmian Kompleks dan Dewan Hakka Sabah. - foto Ille Tugimin
Musa Aman (dua dari) mengadakan lawatan ke gerai pameran sempena perasmian Kompleks dan Dewan Hakka Sabah. – foto Ille Tugimin

Hadir sama, Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Teo Chee Kang dan Presiden Persatuan Hakka Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Datuk Jimmy Tham Yuk Leong serta ahli-ahli persatuan tersebut.

Persatuan Hakka Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan yang ditubuhkan pada 1982, diakui telah mencapai banyak kejayaan sekaligus meletakkan kedudukannya kini pada tahap paling membanggakan.

“Seingat saya semasa Datuk Jimmy Tan dan jawatankuasa beliau mengadakan kunjungan hormat kepada saya kira-kira dua tahun lalu, saya kagum dengan semangat dan kesungguhan yang mereka tunjukkan dalam memenuhi aspirasi jawatankuasa terdahulu untuk memiliki kompleks dan dewan Hakka di Sabah.

“Dan dalam tempoh masa lebih dua tahun, mereka telah berjaya menyiapkan projek pembinaan kompleks dan dewan Hakka yang sebelum ini proses pembinaannya memakan masa hampir 10 tahun,” ujarnya. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

 

 

Komen


Berita Berkaitan