Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,650

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kerajaan negeri galakkan aktiviti kebudayaan masyarakat

7:56am 30/01/2016 Elezebeth Esther Onjining 21 views Tempatan
Pairin merasmikan karnival Tahun Baru Cina disaksikan oleh dif-dif jemputan

Pairin merasmikan karnival Tahun Baru Cina disaksikan oleh dif-dif jemputan. Foto oleh Jimmy Tan/ SayangSabah

KOTA KINABALU- Kerajaan Negeri sentiasa memberi sokongan kepada setiap aktiviti kebudayaan masyarakat Tionghua setiap tahun, kata Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman.

Musa berkata bahawa karnival tersebut dapat meningkatkan keharmonian, toleransi dan nama baik di kalangan masyarakat setempat.

“Saya sendiri mengambil berat dan mahukan aktiviti seumpama ini diteruskan supaya rakyat berketurunan Tionghua dapat merayakan Tahun Baru Cina dengan meriah dan harmoni setiap tahun”, ujar beliau.

Teks ucapan beliau telah dibaca olehTimbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Infrastruktur Tan Sri Joseph Pairin Kitingan semasa merasmikan Majlis Pembukaan Karnival Tahun Baru Cina 2016 anjuran Gabungan Persatuan Cina Sabah (FCAS) dan Dewab Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) di Lintasan Deasoka, disini, semalam.

Selain itu, golongan wanita turut diberi peluang bagi menyediakan masakan tradisi di kawasan tersebut agar semua lapisan rakyat merasai kesedapan masakan tersebut.

“Saya percaya ini akan memberi peluang kepada golongan wanita untuk lebih aktif untuk memberikan sumbangan khususnya dalam konteks sosial dan kemasyarakatan”, tambahannya.

Disamping itu, beliau turut memuji usaha DBKK dan FCAS dalam menganjurkan acara kemasyarakatan seumpama ini.

“Usaha tersebut perlu menjadi contoh kepada badan-badan atau persatuan Cina lain di negeri ini demi manfaat dan kebaikan rakyat di negeri Sabah secara keseluruhannya”, katanya. Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

Pairin (tengah) dan Abidin (kanan tengah) beserta dif- dif jemputan menggaul "Yee Sang". Foto oleh Jimmy Tan/ SayangSabah

Pairin (tengah) dan Abidin (kanan tengah) beserta dif- dif jemputan menggaul “Yee Sang”. Foto oleh Jimmy Tan/ SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan