Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,794

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kerajaan negeri galak pembukaan hospital swasta di Sabah

 

Tun Juhar menandatangani plak sebagai tanda merasmikan KPJ Sabah Specialist Hospital sambil diperhatikan oleh Yahya (tiga dari kanan), Amiruddin (dua dari kanan) dan Syid Abas (kanan).

Tun Juhar menandatangani plak sebagai tanda merasmikan KPJ Sabah Specialist Hospital sambil diperhatikan oleh Yahya (tiga dari kanan), Amiruddin (dua dari kanan) dan Syid Abas (kanan).

KOTA KINABALU- Kerajaan Negeri mahu lebih banyak hospital-hospital swasta dan diperluaskan ke bandar-bandar utama yang lain di negeri ini.

Menurut Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, pembinaan lebih banyak hospital di negeri ini akan memudahkan para pesakit untuk mendapatkan rawatan dam tidak perlu ke ibu negeri untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan.

“Peningkatan jumlah penyakit-penyakit kronik seperti kanser, penyakit jantung dan sebagainya adalah amat membimbangkan kita. Walaupun hospital kerajaan menjadi pilihan, tetapi kini kita mempunyai alternatif lain dengan peningkatan jumlah hospital swasta di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap sempena majlis perasmian Hospital KPJ Sabah Specialist, disini, hari ini. Teks ucapan beliau dibaca oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Datuk Serj Panglima Haji Yahya Hussin.

Hadir sama, Yang di-Pertua Negeri, Tun Datuk Seri Panglima Dr Haji Juhar Datuk Haji Mahiruddin merasmikan hospital berkenaan.

Tambahnya, ia dapat menjadikan Sabah sebagai hab perubatan di rantau ini selain memenuhi permintaan dan menambah pilihan perkhidmatan perubatan dalam negeri.

“Ini sejajar dengan matlamat kerajaan pusat dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP) untuk menjadikan sektor pelancongan dan penjagaan kesihatan sebagai pemacu kejayaan ekonomi sesebuah negeri dan usaha pihak kerajaan untuk mempromosikan negeri Sabah sebagai Health Tourism Destination di peringkat antarabangsa,”katanya.

Dalam masa sama, Musa berkata kewujudan Hospital KPJ Sabah Specialist membawa landskap perkhidmatan kesihatan yang lebih dinamik.

“KPJ Sabah Specialist Hospital akan membawa kepada peningkatan kualiti perkhidmatan dengan adanya kumpulan pakar kesihatan, doktor, jururawat dan pengurusan hospital kepada kita semua,”ujarnya.

Turut hadir ialah Toh Puan Hajah Datuk Seri Panglima Hajah Norlidah Tan Sri Datuk RM Jasni, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Haji Syid Abas Syid Ali, Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Datuk Siringan Gubat dan Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare Berhad, Dato’ Amiruddin Abdul Satar. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan