Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kerajaan negeri digesa teruskan projek pembinaan ITQAS

Datuk Mohd Arifin Mohd Ariff. Gambar Fail SNT

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri diminta meneruskan rancangan pembinaan Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sabah (ITQAS) di Membakut yang telah diluluskan kerajaan terdahulu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut, Datuk Mohd Arifin Mohd Ariff berkata, pembinaan ITQAS wajar diteruskan kerana tapak bagi membina pusat pembelajaran itu sudah disediakan di daerah berkenaan.

“Justeru saya merayu kepada kerajaan negeri hari ini agar meneruskan perancangan pembinaan ITQAS, ” katanya sambil menambah ITQAS dikendalikan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS).

Menurut beliau, apabila siap nanti, pusat pembelajaran itu akan yang menyediakan kursus bertaraf diploma kepada para penuntutnya.

Tambahnya lagi, kewujudkan ITQAS adalah sejajar dengan usaha melahirkan modal insan cemerlang yang berakhlak mulia dan celik Al-Quran.

“Apa yang penting, ITQAS guga dapat mengukuhkan keupayaan kendiri golongan Huffaz sebagai sebahagian sumber manusia dan berupaya menjadi modal insan yang dapat menyumbang untuk negara,” ujarnya.

Dalam pada itu, Mohd Arifin juga meminta kerajaan agar meneruskan pembinaan pejabat JHEAINS di setiap daerah yang mana sebahagiannya telah pun dibina sebelum ini.

Jelasnya, pembinaan pejabat JHEAINS di setiap daerah penting bagi menyediakan kemudahan yang lebih kondusif dan selesa bukan sahaja untuk kakitangan pejabat tapi untuk pelanggan. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan