Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kerajaan negeri cadang naiktaraf Tamu Putatan

LAWATAN… Najib beramah mesra bersama para peniaga sempena program lawatan mesra (walkabout) di Tamu Putatan, hari ini.

PUTATAN- Kerajaan Negeri mencadangkan agar Tamu dan pasar Putatan dinaiktarafkan dan diperluaskan.

Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Petagas, Datuk Seri Panglima Hj. Yahya Husin, berkata ia sekaligus akan meningkatkan sosioekonomi serta memberi peluang perniagaan kepada penduduk setempat.

“Setakat ini, terdapat lebih kurang 200 peniaga di Tamu dan Pasar Putatan ini. Kami berharap agar kawasan tamu dan pasar ini dapat diperluaskan sehingga dapat memuatkan dua kali ganda jumlah peniaga berbanding jumlah sedia ada,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sempena Program Lawatan Mesra (walkabout) Perdana Menteri di Tamu Putatan, dekat sini, petang tadi.

Disamping itu, Ahli Parlimen Putatan, Datuk Dr. Marcus Mojigoh berkata fokus kerajaan adalah untuk membantu meningkatkan pendapatan isi rumah masyarakat setempat.

” Kerajaan ingin menggalakkan masyarakat setempat khususnya para usahawan agar lebih berusaha untuk menaiktaraf kehidupan masing- masing… Namun, kami menerima banyak aduan berkenaan kekurangan tapak berniaga di Tamu Putatan ini,” katanya

Dalam perkembangan sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah membuat lawatan mesra (Walkabout) di Tamu Putatan.

Lawatan selama sejam itu telah mendapat sambutan hangat daripada masyarakat setempat tidak mengira kaum dan agama.

Hadir sama, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman dan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Edward Yong Oui Fah. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

NAJIB melihat sayur- sayuran yang dijual di tamu Putatan sempena program walkabout, dekat sini, hari ini. Foto: Alex Mairin/SayangSabah

 

Kelihatan Najib bersama Musa berangkat pulang setelah selesai membuat lawatan mesra dengan para peniaga dan masyarakat setempat di Tamu Putatan. Foto: Alex Mairin/SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan