Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,702

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kerajaan Negeri Berusaha Menaikkan prestasi Bola Sepak Sabah

2:32pm 24/11/2015 Elezebeth Esther Onjining 87 views Sukan,Tempatan,YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman

Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman

KOTA KINABALU- Kerajaan negeri melalui Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) komited dan berusaha sedaya upaya untuk menaikkan mutu permainan para pemain pasukan negeri ini.

Menurut Ketua Menteri Sabah merangkap President SAFA, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, pihak persatuan telah mem
belanjakan sejumlah wang yang banyak untuk memastikan pasukan negeri ini iaitu pasukan Sabah Rhinos mempunyai barisan pemain yang berbakat dan berkualiti.
“Sukan bola sepak ini merupakan sejenis sukan yang sangat popular dan sangat mahal jika dibandingkan dengan sukan yang lain.
“SAFA telah membelanjakan sebanyak RM 7 juta hingga RM 8 juta setahun dimana kita perlu membayar RM 10 ribu hingga RM 20 ribu sebulan atau lebih dari itu untuk seorang pemain”, katanya dalam sidang di Dewan Undangan Negeri (DUN), disini,hari ini (Selasa).
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Penyu, Tuan Limus Jury berkenaan dengan perancangan pembangunan bola sepak di negeri ini.
Beliau juga memberi penegasan bahawa kerajaan negeri juga perlu membelanjakan sejumlah wang kepada sukan yang lain selain daripada bola sepak dan membangunkan kompleks sukan di negeri ini.
“Disebabkan oleh prestasi pemain bola sepak Sabah yang tidak memuaskan, ramai penyokong berasa tidak puas hati dan timbul pelbagai persepsi yang menunjukkan kerajaan negeri terutamanya Persatuan SAFA tidak menjalankan tugas dengan baik”, tambah beliau.
Musa juga menyeru agar para ibubapa mengalakkan anak-anak mereka yang berbakat dalam sukan bola sepak untuk mengikuti program atau aktiviti yang telah disediakan oleh pihak kerajaan agar bakat mereka tidak disia-siakan. –Oleh Elezebeth Esther/ Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan