Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,694

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kerajaan negeri beri peruntukkan RM 200 ribu bina prasarana di Sg. Moyog

7:07pm 25/09/2016 Elezebeth Esther Onjining 171 views Berita Pelancongan,Berita Pilihan,Pelancongan,Tempatan,YB Datuk Haji Masidi Manjun
MASIDI merasmikan pelancaran album sempena Pesta Rakit Daerah Penampang 2016

MASIDI merasmikan pelancaran album sempena Pesta Rakit Daerah Penampang 2016

PENAMPANG- Kerajaan negeri melalui Kementerian Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah memberi peruntukkan sejumlah RM 200 ribu kepada Pejabat Daerah Penampang membina prasarana di sekitar kawasan Sg. Moyog.

Menterinya, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata kawasan itu berpotensi untuk dibangunkan sebagai kawasan pelancongan yang mampu menarik perhatian pengunjung luar mahupun dalam negara ke daerah ini.

Tambahnya, peruntukkan berkenaan termasuklah pembinaan jeti di Kg. Mahandoi dan landskap bagi mencantikkan kawasan berkenaan.

“Masa perjalanan ke daerah ini hanya mengambil masa 20 minit dari pusat bandar… saya merasakan daerah ini mampu dibangunkan sebagai salah sebuah kawasan pelancongan… Ia sesuatu yang merugikan sekiranya kawasan ini tidak dimajukan,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Pesta Rakit peringkat daerah penampang ke-5 sempena Hari Sungai Sedunia 2016 di Kg. Mahandoi, disini, hari ini.

Di samping itu, Masidi turut mencadangkan agar menjadikan Sg. Moyog sebagai ‘Tamu mingguan’ masyarakat setempat.

“Masyarakat Penampang perlu berbangga kerana mempunyai kawasan sungai seperti ini… Tamu Mingguan ini sekaligus boleh mendidik masyarakat setempat untuk berniaga,”katanya.

Dalam masa sama, Masidi turut menyeru kepada seluruh masyarakat setempat daerah itu agar memberi kerjasama dan sokongan kepada usaha pemimpin setempat untuk melakukan kerja-kerja pembersihan di kawasan sungai berkenaan.

Hadir sama, Pengerusi BN Penampang, Datuk Donald Peter Mojuntin, Ketua Bahagian Umno Penampang, Datuk John Ambrose, Ketua Bahagian MCA Penampang, Datuk Francis Goh dan Pegawai Daerah Penampang, Luvita Koisun. Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

ANTARA aktiviti yang dianjurkan sempena Pesta Rakit Peringkat Daerah Penampang Ke-5 2016 di Sg Mahandoi, disini, hari ini

ANTARA aktiviti yang dianjurkan sempena Pesta Rakit Peringkat Daerah Penampang Ke-5 2016 di Sg Mahandoi, disini, hari ini

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan