Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,777

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kerajaan Negeri beri peluang wanita isi jawatan penting

LANCAR... Musa menekan punat sebagai gimik pelancaran Sistem Maklumat Wanita (WISe).

LANCAR… Musa menekan punat sebagai gimik pelancaran Sistem Maklumat Wanita (WISe).

KENINGAU- Kerajaan Negeri sentiasa memberi sokongan dan peluang terhadap golongan wanita untuk mengisi jawatan penting dalam pentadbiran.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Aman berkata kerajaan mengiktiraf dan menghargai sumbangan serta kebolehan golongan tersebut terhadap pembangunan negara dan negeri.

“Kerajaan Negeri sentiasa memberi sokongan dan dorongan terhadap golongan wanita dan memastikan mereka mendapat pembelaan yang sebaik mungkin.

“Kita juga memberi pertimbangan sewajarnya kepada wanita untuk mendapat tempat dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC), ketua jabatan, ketua eksekutif dan sebagainya.

“Sebenarnya sudah banyak jawatan penting diisi oleh wanita di Sabah antaranya Peguam Besar Negeri, Bendahari Negeri dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Wanita Peringkat Negeri Sabah di sini, pada Sabtu.

Mengulas mengenai bilangan wanita di peringkat pembuat keputusan dalam sektor awam yang menurun kepada 6.8 peratus seawal tahun 2016 berbanding 7.9 peratus pada tahun 2015,  beliau berkata, Kerajaan Negeri tidak mempunyai masalah untuk memberi lebih ruang kepada golongan hawa selagi mengikut peraturan ditetapkan.

“Kita tudak mempunyai masalah untuk memberi ruang, wanita yang menjawat jawatan timbalan secara automatik akan dilantik sebagai ketua.

“Tetapi jika dia menjawat jawatan dalam ranking keempat atau kelima jauh ke bawah, agak sukar untuk kita lonjakkan ke atas kerana tidak sesuai dengan peraturan sedia ada,” tambah beliau.

Malah, jelas Musa, beliau memberi sokongan penuh terhadap Dasar 30 peratus pengisian jawatan di negara ini diisi oleh golongan wanita.

Sementara itu, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Jainab Ahmad Ayid dalam ucapannya menggesa 24 jawatan yang disandang oleh pegawai lelaki di bawah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diberikan sedikit kepada pegawai dari kalangan wanita.

Begitu juga dengan pengisian jawatan Ketua-ketua Jabatan yang kebanyakannya disandang pegawai lelaki pada tahun depan akan dikosongkan akibat persaraan.

Jainab turut meminta Kerajaan Negeri melantik lebih ramai lagi wanita sebagai Ahli Lembaga Pengarah Badan-badan Berkanun Negeri dan GLC.

Menurut Jainab, sambutan hari wanita bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan peranan kaum wanita dalam pembentukan keluarga, perpaduan dan pembangunan masyarakat serta negara.

Selain itu, sambutan berkenaan  adalah sebagai platform bagi memberikan pengiktirafan sewajarnya kepada golongan wanita terhadap sumbangan mereka dan sebagai perangsang untuk terus bergiat aktif. -Penerangan

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan