Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,702

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kerajaan Negeri bakal wujudkan Lembaga Ubi Kayu

RASMI... Musa (empat kiri) melancarkan gimik perasmian sempena Sambutan HPPNS dan disaksikan oleh Yahya (tengah) dan Teo (kiri) di Dewan Sri Putatan, disini, hari ini.

RASMI… Musa (empat kiri) melancarkan gimik perasmian sempena Sambutan HPPNS dan disaksikan oleh Yahya (tengah) dan Teo (kiri) di Dewan Sri Putatan, disini, hari ini.

PUTATAN- Kerajaan Negeri melalui Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah akan mewujudkan sebuah Lembaga Ubi Kayu bagi mempelbagaikan pengeluaran makanan di negeri ini.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman berkata para petani dan peladang digalakkan menanam tanaman ubi kayu bagi memenuhi permintaan tanaman tersebut.

“Terdahulu, kita (kerajaan) telah membangunkan dua buah kilang ubi kayu di daerah Kudat dan Tawau yang memerlukan sejumlah bilangan ubi kayu yang banyak untuk diproses,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita seleoas merasmikan Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Sabah (HPPNS) dan Road To MAHA 2016, di Dewan Sri Putatan, disini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Datuk Seri Panglima Hj. Yahya Hussin, Menteri Tugas-Tugas Khas Datuk Teo Chee Kang, Ketua Setiausaha Negeri, Tan Sri Sukarti Wakiman.

Menurut Musa, tanaman ubi kayu itu akan mendatangkan hasil lumayan kepada para pengusaha di samping memberi peluang pekerjaan kepada penduduk negeri ini.

“Dalam erti kata lain, penanaman ubi kayu akan menambahkan hasil pendapatan serta memberi pekerjaan kepada masyarakat setempat yang tidak mempunyai pekerjaan,” katanya.

Dalam masa sama, beliau menyeru kepada para petani, peladang dan nelayan agar berusaha dalam meningkatkan pengeluaran makanan negeri ini menerusi program-program Penyelidikan dan Pembangunan (R&D).

“Kita juga bekerjasama dengan Institut Pengajian Tinggi (IPT) termasuklah Universiti Malaysia Sabah dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) untuk mewujudkan penemuan atau kaedah baru untuk meningkatkan hasil pertanian,” katanya. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan