Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kerajaan Negeri Alu-Alukan Input Jurutera Untuk Tangani Cabaran – Musa

musa

KOTA KINABALU : Kerajaan negeri Sabah mengalu-alukan input daripada jurutera mengenai cara-cara lebih efektif untuk menangani impak negatif disebabkan oleh kejadian seperti banjir kilat dan gempa bumi, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman.

Beliau berkata kerajaan negeri dan Institut Jurutera Malaysia (IEM) cawangan Sabah boleh bekerjasama dalam pelbagai isu untuk menyelaraskan proses tertentu dan mempercepatkan proses membuat keputusan kepada pihak lain.

“Kerajaan Sabah menekankan untuk mencari penyelesaian yang efektif terhadap masalah.

“Saya mengalu-alukan IEM kerana mencadangkan penyelesaian terhadap isu-isu seperti pembangunan berisiko tinggi, pengurusan air dan penilaian kesan trafik kepada kementerian dan agensi kerajaan,” kata beliau pada pada majlis jamuan malam tahunan ke-39 IEM cawangan Sabah di sini, malam ini.

Dalam pada itu, Musa berkata, kerajaan negeri sentiasa mengakui bahawa jurutera memainkan peranan penting dalam pembangunan negara.

Terdahulu, dalam ucapannya, pengerusi IEM Cawangan Sabah yang baharu, Yahya Awang Kahar berkata bahawa pertubuhan itu akan menyokong usaha kerajaan untuk membangunkan negeri ini.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan