Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,702

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kerajaan Negeri akan terus memberikan sokongan kepada KYTS-Musa

1:18pm 23/04/2016 Leolerry Lajius 10 views Pendidikan,Tempatan,YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri akan sentiasa memberikan sokongan kepada Kolej Teknikal Yayasan Sabah (KYTS) dalam usaha untuk menjayakan agenda pendidikan dengan hasrat untuk memperkasakan bidang pendidikan.

Menurut Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman, KTYS yang telah mencapai 25 tahun penubuhannya bukan sahaja telah melahirkan ramai pelajar yang berkualiti, tetapi juga telah mencipta pelbagai kejayaan sekaligus menjadi peneraju kepada agenda pembangunan modal insan yang berkualiti dan berketerampilan.

“Saya berharap agar KYTS akan terus mengembangkan peranan dan komitmennya sebagai sebuah institusi pengajian yang menjadi peneraju dalam melahirkan belia yang berkualiti dan berkemahiran tinggi,”katanya ketika menyampaikan ucapan sempena majlis makan malam sambutan Jubli Perak KYTS yang ke-25, di sini, hari ini.

Musa turut menyatakan bahawa penjenamaan semula KYTS adalah selari dengan matlamat Yayasan Sabah untuk mentransformasikan kolej pilihan di Sabah yang telah sekian lama memberikan tumpuan khusus kepada bidang pengajian teknikal dan latihan kemahiran.

“Penjenamaan semula KYTS adalah bertepatan dengan hasrat dan matlamat kerajaan dalam mengarus perdanakan bidang pendidikan teknikal dan vokasional dan saya yakin kolej ini akan terus mencapai kejayaan yang lebih besar,”katanya.

Musa juga telah melancarkan sebuah buku berjudul  ‘Coffee Table Book’ yang mengandungi testimoni mengenai perkembangan KYTS sebagai pusat latihan utama dibawah payung Kumpulan Yayasan Sabah dan peranan yang dimainkan selama 25 tahun ketika majlis berkenaan. -Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan