Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kerajaan negeri akan sentiasa pantau jumlah import daging beku-Yahya

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman (kanan) bersama Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan (tengah) dan Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin pada Persidangan DUN Sabah.
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman (kanan) bersama Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan (tengah) dan Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin pada Persidangan DUN Sabah.

KOTA KINABALU- Kerajaan negeri melalui Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak (JPHPT) akan terus memantau jumlah import daging beku agar tidak menjejaskan perkembangan industri daging lembu tempatan.
Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin berkata pihaknya akan melaksanakan beberapa inisiatif bagi memastikan industri tempatan tidak terjejas oleh pengimportan daging beku.

” Justeru itu, langkah untuk mengurangkan import akan dilaksanakan dengan bijak dan ‘gradual’ seiring dengan pengeluaran tempatan.

” Namun demikian, pengeluaran daging lembu segar tempatan juga harus mampan (sustainable) supaya jika terjadi langkah pengurangan import daging beku, impak negatif secara berpanjangan seperti kenaikan harga tidak akan berlaku sehingga boleh menjejaskan kuasa beli pengguna,”katanya

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Dr Edwin @Jack Bosi (DAP-Kapayan) berkenaan mengimport daging lembu beku di negeri ini pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, disini, hari ini.

Tambahnya, pengimportan daging beku sentiasa dipantau oleh JPHPT selari dengan pembangunan industri ternakan lembu daging tempatan.

” Pemerhatian JPHPT juga menunjukkan bahawa tren pengimportan dalam sepuluh tahun kebelakangan ini telah menunjukkan tren menurun.

” Bagi tempoh sebelum tahun 2009, jumlah import daging tahunan adalah di antara 10,000 hingga 14,000 tan metrik dan angka ini telah menurun kepada 6,000 hingga 9,000 tan metrik selepas tahun 2009,”katanya.

Yahya turut berkata bahawa tindakan mengimport daging beku adalah relevan bagi menampung kekurangan bekalan di negeri ini.

Ujarnya, tahap permintaan industri daging lembu di Sabah secara keseluruhannya masih berada pada tahap melebihi pengeluaran.

Selain itu, Yahya turut berkata bahawa terdapatnya permintaan yang berbeza bagi kedua- dua daging lembu segar tempatan dan daging beku import daripada pembeli.

” Walaupun daging lembu segar tempatan kini menawarkan harga yang lebih tinggi daripada daging beku import, namun ianya mempunyai segmen pasaran yang berlainan. Justeru pemasaran, tidak mempunyai masalah yang besar.

” Daging segar tempatan mempunyai segmen pemasaran yang berlainan khususnya bagi mereka yang suka daging segar (affluent). Manakala pasaran bagi daging beku import adalah golongan masyarakat yang berpendapatan rendah dan sederhana,”katanya. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan