Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kerajaan Negeri akan membuat penjenamaan semula terhadap JKKK dan JKDB

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri akan membuat penjenamaan semula terhadap institusi Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Jawatankuasa Kemajuan Dalam Bandar (JKDB) di Sabah.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Ewon Benedick berkata, pengumuman rasmi berhubung perkara itu akan dibuat selepas segala perkara yang berkaitan dengan penjenamaan semula JKKK dan JKDB itu telah dimuktamadkan.

“Penjenamaan semula itu akan merangkumi aspek nama institusi, tatacara perlantikan, bilangan keahlian jawatankuasa, elaun serta beberapa lagi perkara yang berkaitan,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab persoalan yang dikemukakan Datuk Abidin Madingkir (UPKO-Paginatan), ketika Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, hari ini.

Tambah Ewon, kertas cadangan penjenamaan semula itu juga mengambil kira dasar baru yang telah diumumkan oleh Keraajaan Persekutuan melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar Persekutuan pada 27 Jun yang lalu.

“Keputusan pilihan raya yang lalu telah melibatkan rombakan pucuk pimpinan di seluruh negara yang mana secara tidak langsung turut berkaitan dengan institusi JKKK.”

“Kerajaan Negeri juga turut diminta untuk menangguhkan sementara urusan berkaitan JKKK termasuk urusan perlantikan, pertukaran, bayaran elaun dan lain-lain hal yang berkaitan.”

“Penangguhan sementara ini berkuatkuasa sehingga dasar dan hala tuju berkaitan JKKK yang baharu ditetapkan,”katanya./SayangSabah

Ewon (tengah) bersama Menteri Pelajaran dan Inovasi Datuk Dr. Yusof Yacob ketika Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

 

Komen


Berita Berkaitan