Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

KERAJAAN NEGERI AKAN BANTU SELAMATKAN MANGSA CULIK WARGA INDONESIA

Sebahagian daripada 15 kru bot nelayan tempatan, Dwijaya 1, yang didatangi orang yang tidak dikenali bersenjatakan M16 dan menculik juragan dan pembantu juragan dalam kejadian di perairan Pulau Gaya, Semporna. Gambar SNT/Ehsan Pembaca

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri bersedia membantu sedaya upaya untuk menyelamatkan dua mangsa culik warga Indonesia di perairan Pulau Gaya, Semporna, yang dipercayai didalangi kumpulan menculik untuk mendapatkan wang tebusan (KFR), semalam.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, walaupun mangsa yang juga nelayan bukan rakyat Malaysia, namun memandangkan mereka diculik semasa bekerja dan berada di perairan negara ini, usaha perlu dilakukan bagi membantu mangsa.

“Kita bukan hanya memperketatkan rondaan, tetapi kita perlu mendapatkan maklumat di mana mangsa berada sekarang untuk memastikan tindakan susulan dapat diambil bagi melindungi rakyat kita dan rakyat negara jiran yang datang ke mari (Sabah).

“Dalam hal ini, dari masa asal mereka, itu perkara lain kerana menyelamatkan nyawa mangsa sekarang lebih penting. Ini menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan rakyat negara jiran kita dibantu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri 1440H/2018M di Dewan Saadah, Wisma MUIS, di sini hari ini.

Mohd Shafie diminta mengulas mengenai insiden penculikan melibatkan dua nelayan warga Indonesia oleh sekumpulan penculik bertopeng dan bersenjatakan senapang M16 dari bot nelayan Dwijaya 1 di perairan Pulau Gaya, Semporna kira-kira pukul 12 tengah malam tadi.

Mangsa yang diculik ialah dikenal pasti sebagai juragan kapal tersebut, Samsul Saguni, 40, dan pembantunya, Usman Yunus, 35 tahun.

Sementara itu, dua lagi rakan sekerja mereka yang terselamat ialah Bakri Basir, 21, dan Tuba Damar, 37 tahun dan keempat-empat mereka adalah warga Indonesia yang bekerja dengan syarikat Dwijaya Seafood. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan